Powered by Blogger.
  • Home
  • About
  • Stuffs
    • Review
    • Tutorial
    • Freebies
  • Dashboard
  • Follow
Instagram Twitter Facebook

SulysWrite



Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Time files so fast, kita dah sampai ke Ramadhan pada tahun ni. Alhamdulillah, rasa macam baru je sambut raya tahun lepas kan?

So, whats your plan for Ramadhan this year? Tingkatkan amalan? Yes for sure. Tinggalkan semua perangai syaitan korang tu, kali ni fokus on ibadah je okay.

Kali ni aku nak buat entry pasal Kelebihan Ramadhan. Lets check it out :


‎1. Dibelenggu para syaitan dan jin.

Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.

“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)


2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.

“ Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat pada bulan itu, maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat. Pahala solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan adalah solat Jumaat yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala. Sedekah RM1 dalam bulan Ramadhan adalah sama dengan RM70 di luar Ramadhan.

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)


3. Pintu neraka ditutup.

Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.


4. Dibuka semua pintu syurga.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.


5. Allah perhiaskan syurga.

Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari berpantun minta disegerakan bertemu bakal suaminya di syurga.

Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .


6. Dilepaskan tahanan neraka

Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”


7.Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“


8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Rasulullah bersabda “Siallah (rugilah) puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.


Subhanallah, banyak nya kelebihan bulan Ramadhan ni. Rugi lah mereka yang tak cuba tingkatkan ibadah, masih dengan perangai lama. Muhasabah diri gais :)


Share
Tweet
Pin
Share
4 fella
Anak sayur! (annyeonghaseyo) Berhabuk kemain blog hamba setelah sekian lama tak update entry baru. Rindu tu tak laa cuma nak isi masa lapang setelah mereput berhenti kerja kekeke.

Harini nak cerita pasal #MagicSim. Rata-rata dah tau pasal benda alah ni kan tapi nak update jugak peduli apa kan. Minggu lepas baru beli. Ingatkan limited sangat, pegi je outlet Celcom kat Tesco sebelah rumah tu haa hamek kau berlambak #MagicSim dia. Aku pun amek laa satu sebab lima hengget je kan. Lagi satu sebab iklan dia tulis "ANDA MESTI ADA SATU" so aku pun macam kena pukau. Twitter, facebook semua pakau bercerita pasal ni. Seronok sangat ke benda ni? Apa kelebihan dia?


XPAX #MagicSim

Simpack preloaded RM3.00 valid 5 days
FREE BASIC DATA all day time
FREE DATA 200MB
FREE 20min Call
FREE 20 sms

Call Rate
12 sen/per min

Reload
RM5 
Validity : 5 days
Get : 5 min + 5 sms FREE
Data : 30mb FREE

RM10
Validity : 10days
Get : 10 min + 10 sms FREE
Data : 100mb FREE

RM30
Validity : 30days
Get : 30 min + 30 sms FREE
Data : 300mb FREE

Data monthly 
RM58 - 4GB - FREE call 150min
RM38 - 2GB - FREE call 150min
RM 25 - 1GB - FREE call 150min

Data Weekly
RM10 - 500mb - FREE Call 35min

Data Daily
RM5 - 500mb - FREE Call 5 min

Data Daily
RM1 - 30mb + 30mb - FREE Call 5min


Amboi amboi amboi kemain banyak freebies nya! Dengan hanya RM5 korang boleh nikmati macam-macam FREE dalam satu plan. Sangat-sangat berbaloi kalau korang pakai. So grab yours now!


Share
Tweet
Pin
Share
2 fella
dah habis debor dah tapi tetap nak cerita.

siapa yang tak cuak kan nak ambik result spm. tapi aku lek jee. orang lain pakat counting day bagai untuk result, aku still goyang kaki tunggu gaji. orang lain tweet nervous nak ambik result, aku sibuk tweet jiwang teringat ex. *eh?*

sehari sebelum result baru nak gelabah, baru tak lena tidur. pikir pasal result, elok ke tak, ada gagal tak, capat tak target. aku target 5A je. aku bukannya pandai pun T--T

esoknya, siap pakai baju kurung, bawak motor pi sekolah. could u imagine that pakai baju kurung kain ketat nak mampus bawak motor? actually not ketat laa, kain jenis susun belakang, that why.... wtv.

debor time beratur tu allah saja tau. tapi conok jumpa kawan sekolah semua kan. dah sampai turn aku, debor dia lain macam. jantung macam nak meletup time tu. muka pun taktau laa warna apa time tu. biru mungkin?

result bertukar tangan. 3A jee. takpelah, tu je mampu. bersyukur, mungkin itu yang terbaik. rezeki masa hadapan, sapa tau kan. terima kasih Allah.

mak abah, maaf andai tak buat kamu rasa bangga. maaf.
Share
Tweet
Pin
Share
5 fella
Newer Posts
Older Posts

Followers

about

S U L Y A N I • G H A Z A L I
A 1997's girl who loves writing and expressing her feelings through blog. Feel free to read any entry here but please do not spamming. Lots of love, OWNER.

follow

  • Instagram
  • Twitter
  • Facebook

Categories

  • #SulysFreebies
  • #SulysReview
  • #SulysSegmen
  • #SulysShare
  • #SulysTalk
  • #SulysTips
  • #SulysTuto
  • segmen

history

  • September (1)
  • December (1)
  • November (3)
  • October (1)
  • September (2)
  • August (5)
  • July (4)
  • June (11)
  • March (1)
  • February (4)
  • January (31)
  • December (22)
  • November (5)
  • June (1)
  • February (1)
  • December (2)
  • October (1)
  • August (1)
  • June (4)
  • March (7)
  • February (8)
  • January (1)
Facebook Twitter Instagram Bloglovin

Created with by ThemeXpose