Powered by Blogger.
  • Home
  • About
  • Stuffs
    • Review
    • Tutorial
    • Freebies
  • Dashboard
  • Follow
Instagram Twitter Facebook

SulysWrite

Assalamualaikum.

Guess where am i? Computer lab during the lecture lol. This subject is hella boring so better update blog kannn.

So today aku rasa nak review product lagi. Pasal foundation yang digembar gemburkan sebagai foundation drugstore yang sangat worth untuk dibeli, which is Fit Me Foundation by Maybelline.


Image result for fit me foundation

Plenty of friend recommended this foundation to me. So i decided to buy one at Guardian for RM34 sebab masa tu ada sale, normal price dia RM49 macam tu. Aku beli code 115 Ivory Ivore.


Dari segi packaging, quite nice and simple. Cuma, bila buka penutup, dia takde pump ke whatever so kena tuang kat tangan. Imagine kalau jatuh, mesti terus tumpah. Rugi weh.

Dari segi texture, memang nice. Sangat suit for normal to dry skin sebab dia dewy finish. Sangat mudah untuk diblend and rasa ringan gila dekat muka. Oh yes, foundation ni medium coverage. So nice lah kan untuk natural look. Tahan selama 8 jam macam tu.

Thats it! Nanti aku update gambar aku bila pakai foundation ni. Sangat worth to buy and safe for your skin. Adios!



Share
Tweet
Pin
Share
No fella
Its been a week i'm here, uitm dungun terengganu, for my diploma. Baru 4 hari lepas habis orientasi a.k.a mds (minggu destini siswa). Its quite fun but very tiring week. I got no enough sleep, mandi 2 hari sekali, rasa macam masuk tentera.

First day (21 Nov) hari pendaftaran. Check in bilik, and met my roomate for the first time. Petang tu dah start ada taklimat, taklimat dan taklimat. Dapat tidur pukul 1, kena berkumpul pukul 4.30 a.m. So we need to bangun tidur pukul 3 sebab nanti berebut bilik air. Gosh tidur 2 jam je mana puas weh!

Kitorang banyak habiskan masa dengar taklimat. About kokurikulum, akademik, introducing staf, akademik etc. Outdoor activiti quite fun sebab kitorang kena tidur tepi pantai, hiking, trip to kuala terengganu.

So nak kata mds ni tak best, tak jugak sebab ada activiti yang best. Yang tak best nya OC (fasilitor) layan kitorang macam tentera. And macam budak darjah 3.

So now dah start kelas, so far alhamdulillah takde problem. Cuma agak blur sikit sebab universiti kan lain daripada sekolah. Mula-mula biasa la kan lepasni insyaallah.

I need to sleep now. Bye xoxo

Share
Tweet
Pin
Share
4 fella
Assalamualaikum ♥

What do you think about gambar atas ni? I mean, warna kuku tu. Cantik kan? Gambar ni without filter tau. And this is my hand, bukan cilok dari En. Googleludin.

"Pakai nail polish eh?"

"Beli kat mana? Brand apa?"

No no no. Ni bukan nail polish. Ni inai. Macam inai homemade tu. Enai Red Chillie nama diberi.

Macam ni lah rupa botol dia. Macam botol eyedrop kan? Comel gila. Kecik je, senang dibawa letak dalam beg, dalam poket pun boleh.

Kelebihan Enai Red Chillie :

◆ Warna merah yang terang dan sangat cantik
◆ Warna tahan lama
◆ Halal, boleh dibawa solat
◆ Packaging yang comel
◆ Tidak comot
◆ Tak pedih macam inai homemade


Aku memang dah in looooovee gila dengan inai ni. Warna dia cantik gila serius. Ada warna merah and pink. Tapi merah la lagi cantik kan (ikut selera masing-masing la) . Kalau jenis pendapur yang selalu cuci-cuci tu pun jangan risau, warna dia memang susah pudar.

For those yang suka kalerkan kuku (macam aku) boleh dapatkan Enai Red Chillie ni di ig shop. Ramai dah jual. Aku beli ni dekat butik area rumah aku. So jimat la kan takpayah kena postage. Harga standard RM10. Ada yang jual lagi murah, ada yang jual lagi mahal. Yang cekik darah tu ada la jual RM20 exc postage. Gila ke apa.

Thats all for today. Annyeong!

Share
Tweet
Pin
Share
5 fella
Annyevvdgednxcsayo!


Im kinda busy this week, and next week, and maybe until next month so takboleh nak ber blogging sangat. So for those yang request for followback, bagitau dekat cbox okay? Insyaallah kalau ada masa i will follow back. Nak blogwalking pun takde masa.

Busy pasal apa? Borang, spend time dengan kawan-kawan untuk saat-saat terakhir before pergi jauh, bank, etc. Nak menghadap phone pun takde masa imgine that! I started to miss my "menganggur" time hahaha.

Arghh im hella excited nak sambung belajar! :D

#shortentry
Share
Tweet
Pin
Share
1 fella
Assalamualaikum.

Perasan tak apa yang lain? Yes, theme blog! Dah tukar, no more pinky girly macam budak-budak. Sejak umur dah 18 ni rasa macam nak tukar semua benda, termasuklah theme blog. So i choose gray, simple but nice. Memang simple gila kan, hambar pun hambar. Tapi takpe, nampak sikit dah matang *sambil berhuhu.

InsyaAllah, 21hb ni dah berangkat ke Terengganu untuk melangkah alam baru. Tolong doakan semuanya berjalan lancar okay? Amin InsyaAllah.

Aku tak pernah jauh dari family. So dalam excited tu ada jugak sedihnya. Dah la jauh sangat dari rumah, kalau rindu mak susah nak balik. (nampak sangat anak manja lol) . Mampu doa jelah semoga urusan aku menuntut ilmu dipermudahkan.

Siapa pernah study dekat UiTM Dungun? Kalau ada, bagitau laa eh. Banyak benda nak tanya hihi.

:)

#shortentry



Share
Tweet
Pin
Share
4 fella

Its been a while since i post the last entry. Almost one month jugak la kan. Bukan busy sangat pun just mood nak blogging tu takde. Banyak habiskan masa dekat Twitter je. Do follow my Twitter @sslyn_ ok? ♥ Btw hi readers. Thank you so much you guys still nak menjengah blog aku yang tak seberapa ni.

Well after spm, i thot i will sambung belajar bulan 6. Tapi bukan rezeki kan. So i decided to apply UiTM for November intake. Yesterday the result was come out and guess what? Aku dapat dekat UiTM Dungun, Terengganu in course Office Management. Agak ternganga jugak la sebab... Dungun?! So far away duh from my house. Im stay in Perak. Dalam 10 hours journey. Mak dah mula bising kenapa jauh sangay suruh tukar tempat apa semua. Tapi takboleh. Memang dh ditetapkan macam gitu. Nak taknak kena terima jugak.

But im so glad aku dapat course Office Management tu. Course yang aku memang nak sangat and sangat minat. Memang dari kecik memang suka tengok cerita orang keje pejabat, pakai smart-smart pakai kemeja bagai. Memang minat lah senang cerita. Insyaallah May Allah ease everything. Allahumma yassir wala tuassir ♥

So Terengganu, here we go. 22hb ni dah kena lapor diri. Dah memang takdir kena jauh dari family kot. Takpe, at least boleh ajar diri ni berdikari sikit. :)

Share
Tweet
Pin
Share
3 fella
Related image
 
Assalamualaikum gais! Happy tuesday ♥
Dalam dunia ni, ada ke yang taknak cantik? Taknak hensem? Ada ke? Maybe ada but maybe he/she has their own reason la kan. But majoriti semua nak cantik semua nak hensem. Ada yang sanggup berhabis duit untuk nampak sempurna depan orang.
 
Lagipun lumrah dunia sekarang, jugde orang berdasarkan rupa. Yang cantik orang suka, yang hodoh orang tak suka. Thats why orang berlumba-lumba nak jadi cantik. Sebab kalau hodoh orang taknak dekat dengan kita, kita buat baik pun orang tak pandang, and ada certain pekerjaan yang kalau hodoh dia tak ambil bekerja. Wow whats wrong with world? Eh banyak nye W.
 
Takpayah tengok negara lain la, negara sendiri pun banyak kita nampak semua bekejar (eh betul ke imbuhan ni) nak jadi cantik. Ditambah pulak dengan produk-produk pemutih kulit, hilangkan jerawat, macam-macam. Dnars laa, AuraWhite laa, Dherbs, VAsia, macam-macam! Kalau nak list kan semua memang sampai raya tahun depan pun tak habis lagi menaip.
 
"Hanya seminggu untuk dapatkan kulit tanpa cacat cela!" Selalu sangat kan kita nampak ayat ni dekat tv/magazine/social media. Peniaga berlumba nak jual produk mereka and bersaing dengan peniaga yang lain. Honestly aku pun kadang-kadang tertipu jugak. Impress dengan testimoni yang seminggu je dah putih, jerawat dah hilang, kulit licin habis. Tapi nak tau tak? Mostly produk-produk macam ni bahan chemical diorang sangat bahaya untuk kulit. Mula-mula pakai memang nampak kesan cantik, tapi bila stop pakai produk tu, kulit akan jadi lagi teruk dari yang sebelum kita pakai produk tu. Mostly kulit akan jadi lagi banyak jerawat, kulit akan kusam. Sanggup ke?
 
Nak cantik tu tak salah. Cuma pentingkan kesihatan and berhati-hati. Dulu pernah jugak nak try produk NourAin yang diorang kata bagus sangat tu. Tapi lepas ada feedback kata bila stop pakai kulit jadi makin teruk tu terus hilang nafsu hahaha.
 
Konklusinya, accept yourself as what you are. Kulit jerawat penuh ke, jangan gelabah nak kulit flawless secepat mungkin. Nak cantik ada step dia, kena slow-slow. Apa yang penting untuk cantik, jaga pemakanan, jaga kebersihan, minum air yang cukup, rajin work out. Ok?
Saya ada satu tips nak dikongsi untuk dapatkan kulit flawless without any produk (untuk perempuan je). Ni antara kita-kita jelah ye jangan bagitau orang. Ni tips dari orang-orang tua, petua orang Kelantan. Kalau period, first day period tu sebelum basuh pad awak, sapu pad yg masih ada darah tu kat seluruh muka. Lepastu basuh lah muka tu. :)
 
..............
HAHAHAHAHAHAHAHA mesti terkejut kan hapekebende punya petua ni! Ni memang petua orang dulu-dulu and memang berkesan. Tapi disarankan jangan buat lah sebab darah tu kan kotor. Jijik sangat lah petua ni. Tapi taktau lah kenapa berkesan zzzz.
Thats all for today. Kipidap! Adios!
Share
Tweet
Pin
Share
3 fella
Assalamualaikum sayangs!

Who loves to colours your nails, angkak kaki! Ok ok dah turun okay buruk sangat rupanya. Idk why im too addicted to colouring my nails. Memang takboleh tengok laa kuku tu kosong, mesti nak colour kuku tu. And yah before this colour dengan inai jelah kan. Imma inai lover! Dulu kerja dekat SR ramai customer tanya "dah kawen eh?" just because of my inai. Hahahaha its not funny duh im 18! Too young to get married.

I love wearing inai since small. Waktu zaman bongok-bongok dulu (sekolah rendah) my friends and I suka colour kuku pakai colour magic. Konon nak buat medi pedi laa kat situ kan. Padahal pakai colour magic je. Lepastu nak basuh punyalah susah. Then budak laki mula ngusik "ayopp nanti ko balik ko excident ko mati nanti Allah tak terima kau sebab kau kaler kuku" Kelam kabut laa pegi toilet balik mencangkung depan sinki gosok kuku.

Tu cerita dulu. Now dah matang (matang kersss). Before this tak pernah pun terfikir nak colour kuku pakai nail polish because its Haram kan wuduk tak sah. But since nail polish jenis peel off ni diperkenalkan, muslims sekarang dah boleh colour your nails selain gunakan inai!


I bought this too for RM3.50/pcs. Murah kan? The actual price is RM10 but that online shop buat clearance sale hihi so lucky me <3 Im not too interested with colour yang like blue, purple, sebab warna biru for your nail? Seriously? Maybe because aku dah biasa pakai inai so im not interested with another colour.

Kelebihan :

- So easy to wear and to peel it off.
- Botol dia kecik so easy to bring along anywhere.
- Banyak pilihan warna sampai rambang mata nak pilih colour apa.

Kekurangan :

- Bila peel off tu kuku macam agak rosak so better rendam kuku tu dalam air suam before peel off.
- Botol kaca so kalau sekali jatuh pangggg pecah (nangis la kau tepi almari)



Soooooo cantik isnt it? I really in love with that red colour sampai rasa macam taknak bukak walaupun duduk rumah je <3 My pink colour is cute too! Terasa diri comel pulak tetibe bila pakai yang pink tu hiks (jangan baling selipar)

For ratings : 8/10 :)

saja nak umbrella gambar muah ciked


Share
Tweet
Pin
Share
2 fella
Assalamualaikum readers.

Yep yep yep, Saturday! But still, nothing special. Whatever matter is, Isnin ni Merdekaaa! Kalau masih sekolah ni mesti tengah sibuk nak hias kelas, kutip duit beli bendera (yang sibuk kutip duitnya mesti laa aku sebab aku bendahari a.k.a ah long a.k.a kak yong). Siapa tak seronok kan ramai-ramai hias kelas hm rindu zaman sekolah. Kawan-kawan sekolah sekarang semua dah jauh, dapat kawan baru, and yeah kawan lama dilupakan. R to the E to the D to the H to the A.


The title of this entry, Alam Mimpi. Semua orang pernah bermimpi. Bukan setakat orang, haiwan pun bermimpi. Kadang-kadang tu mimpi yang terrrrrrrrrsangatlah merepek and kita tak pernah terfikir langsung benda tu! Mungkin sebab gangguan syaitan nak rapuhkan iman kita. Tapi of course kita nak tau lebih mendalam pasal mimpi ni.

Secara umumnya, mimpi berlaku apabila seseorang itu sedang tidur. Boleh juga berlaku dalam situasi lain, seperti ketika pengsan, mabuk, nazak dan sebagainya, dengan syarat physically unconscious or semi-conscious.

Dikatakan mimpi berlaku apabila roh seseorang itu keluar dari jasadnya, cuma yang berbeza dengan kematian ialah roh orang mati keluar terus kesemua sekali dari jasad. Bagi orang yang bermimpi, rohnya hanya keluar dalam ertikata 'menjenguk' (extending), masih ada yang tinggal dalam jasad. Sebab itulah orang tidur masih bernafas. Ibarat seseorang yang kakinya berada dalam air tapi dari kepala sampai ke pinggang berada atas permukaan air. Atau, ibarat kaki kanan kat dalam air tapi kaki kiri memijak daratan. Begitulah juga orang yang bermimpi, sebahagian rohnya berada dalam jasadnya manakala sebahagian lagi berada di luar tubuhnya.

"Sesungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar kepada Rasul-Nya, kamu akan masuk Masjidil Haram jika dikehendaki Allah dengan aman", maksud Surah al-Fath, ayat 27. 

Mimpi Benar

Bagi mimpi yang benar, roh tersebut memang keluar (sambil sebahagiannya lagi berada dalam jasad) ke tempat-tempat yang tertentu. Ada yang bermimpi keluar dari bilik tidurnya dan melihat ayahnya sedang membaca suratkhabar di ruang tamu. Bila terjaga, didapatinya memang ayahnya sedang berada di ruang tamu, membaca suratkhabar. Mimpi sebegini digelar 'mimpi semasa', kita bermimpi berkenaan apa yang sedang berlaku pada waktu itu (in the current time, but not necessarily space).

Ada juga mimpi benar yang menunjukkan perkara yang akan berlaku. Ini terjadi apabila roh seseorang itu 'menjenguk' ke masa hadapan. Kerana itulah para pemikir Islam meyakini bahawa kelajuan roh mengatasi kelajuan masa.

Mimpi benar yang satu lagi ialah mimpi yang 'kelihatan' ganjil, atau mimpi qiasan, yang mana dalam keadaan ini roh tersebut memasuki alam yang lain, digelar alam ghaib. Alam ghaib ini ada banyak, antaranya alam barzakh (bila bermimpi bertemu orang yang telah meninggal dunia), alam jin dan sebagainya. Dalam mimpi jenis ini, seseorang itu mungkin bermimpi melihat tempat atau makhluk yang ganjil. Mimpi rambut menjadi panjang, mimpi dipatuk ular atau mimpi tercabut gigi adalah termasuk jenis mimpi qiasan. Mimpi yang disebut dalam Surah Yusuf, juga adalah dari jenis qiasan.

Mimpi Lagha

Mimpi akibat mainan syaitan dipanggil mimpi palsu, atau mimpi lagha atau lalai. Maksudnya lalai dari menyebut nama Allah SWT. sebelum tidur. Biasanya mimpi jenis ini tiada sebarang makna, ataupun dusta. Dipercayai sewaktu mengalami mimpi jenis ini, hakikatnya adalah salah satu daripada dua keadaan :

1. Roh yang keluar 'berjalan-jalan' telah dikelirukan /ditipu oleh syaitan.

2. Roh tidak ke mana-mana, cuma di dalam otak atau fikiran sendiri (contohnya seorang yang terlalu ingin nak jumpa seseorang mungkin akan bermimpi sedemikian. Juga termasuk mainan syaitan.

***

Dan ada lagi satu yang menarik minat aku iaitu Lucid Dream. Pernah dengar tak? Kalau orang melayu biasa panggil kena tindih waktu tidur. Aku pun pernah alami, tapi dalam keadaan sedar tak sedar. Tiap kali jadi aku mesti "alahai jadi lagi" hahahaha means aku sedar tapi sebenarnya tengah tidur lagi. Kay pening kejap kepala otak aku.

Apa itu "Lucid Dream" secara ilmiah ? Istilah "Lucid Dream" ini di cipta oleh pakar psikiatri Belanda dan penulis Frederik (Willem) Van Eeden yang hidup di antara tahun (1860-1932). Dalam "Lucid Dream" atau "Mimpi Jelas",  pemimpi boleh sedar dan mengawal serta mengolah atau manupilasi mimpi mereka sendiri dan juga persekitaran mimpi mereka.

Pengalaman "Lucid Dream" ini adalah betul-betul "Real" dan jelas seolah-olah kita berada di sana. Ini dapat di jelaskan bila terdapat jumlah kandungan Beta Band-1 Frekuensi (13-19 Hz) yang banyak pada pelaku "Lucid Dream", di mana ia merangsang peningkatan aktiviti pada Lobus Parietal pada otak yang membuatkan proses sedar.Bermimpi "Lucid" ini telah dikaji secara saintifik dan di sahkan kesahihannya.

Apa itu “Lucid Dream” secara santai ? Lucid Dream adalah satu kebolehan menguasai mimpi ketika anda tidur.  Ia berlaku apabila anda bermimpi “Lucid” anda boleh kuasai mimpi tersebut. Anda bukan lagi jadi pemerhati atau pelihat mimpi tetapi anda jadi pelakonnya dan anda seperti berada dalam dunia nyata dengan kebolehan yang luarbiasa.

Lucid Dream ini bukan satu kelebihan ia boleh di latih dan di kuasai. Sesiapa sahaja boleh latih dan kuasai mimpinya. Dalam Lucid Dream ini anda boleh belajar terbang, boleh tukar skrin mimpi, boleh jumpa sesiapa, boleh tembus dinding, boleh belajar macam-macam dan banyak lagi. Anda perlu rasa pengalaman ini sendiri untuk tahu apa yang saya maksudkan.

Macam pengalaman aku sendiri, aku tersedar dalam mimpi aku tapi aku takboleh nak bergerak. So nak tembus dinding ke terbang ke memang takboleh hm *nangis*.

Sampai sini je kot apa yang aku boleh share dengan korang. Adios!

Sumber : HERE HERE

Share
Tweet
Pin
Share
4 fella
Assalamualaikum readers!

Mood harini nak review pulak huhu. Bukan selalu kan. Harini aku nak review pasal Jeju Aloe 99% from TheFaceShop. Alah kan sekarang tengah hot pasal Aloe Vera Gel ni kan. Dekat twitter aku ada follow @twt_kecantikan, ramai yang recommend benda alah ni. Nak dekat sebulan jugak aku pakai.

Ini laa ghupe menatang yang aku dok sebut dari tadi. Besar bekas dia sebesar tapak tangan!

Memang sedap sangat pakai. Dia sejuk and wangi. Memang nyaman kalau sapu dekat muka sebelum tidur. Tiap kali pakai mesti sengeh sorang-sorang sebab sedap je rasa haha (gila ke apa). Nak tau Aloe Vera Gel ni untuk apa?


Yup, memang banyak kegunaannya. Aku sapu dekat muka tiap hari sebelum tidur. And guess what? Jerawat pasir dekat dahi hilang dalam masa seminggu je! I'm having a really bad acne at my forehead but now, pop! Hilang! Sayang menatang ni ketat-ketat.

Aku beli ni dekat The Face Shop dengan harga RM23.00 rasanya. Waktu tu ada promosi, buy 1 free 1. Kakak aku dah bantai satu bekas hm tak guna. Sekarang ni taktau la promosi tu ada lagi ke tak.

Memang tak rugi kalau beli. Bekas dia besar, memang tahan lama. And yang paling penting, dia wangi. Hihi.

Share
Tweet
Pin
Share
3 fella
Image result for miss v care

assalamualaikum sisters!

yee, sisters sahaja. brothers, tak digalakkan baca entry sebab tiada kena mengena dengan anda. "alah untuk ilmu" ergh stop it. TAKDE KENE MENGENE DENGAN AWAK. (lol tak marah, nasihat)

so ladies, did you take good care of your miss v? muka dah cantik, badan dah slim, tapi miss v terabai. big no please girls, u have to take care of this too! sangat penting supaya miss v awak sihat dan jauh dari penyakit.

most of the time kita kerap dengar pasal keputihan kan? keputihan ni ada yang bahaya and yang normal. bagi yang normal, boleh diubati dengan makan ubat and jaga pemakanan dan kebersihan miss v. yang bahaya ni jenis keputihan yang berbau dan mengganggu kesuburan. sebelum keputihan kita jadi makin teruk, apa kata kita mula jaga miss v kita dari sekarang sebelum terlambat?

1. "Botakkan"

faham kan maksud botakkan tu? hahaha. seeloknya jangan guna pencukur. sebab pencukur boleh keringkan kulit seterusnya akan gelapkan miss v kita. the better way to botakkan miss v kita adalah menggunakan kaedah waxing. tau kan waxing tu apa. kita bayang macam sakit tapi kalau dah biasa buat kebal lah kulit kita kan. lepastu bulu yang tumbuh kemudian akan jadi lebih halus berbanding bercukur.

kalau biarkan miss v korang jadi hutan belantara, bakteria akan lagi suka bersarang dekat situ and end up with berbau. suka ke miss v korang berbau? ergh no way. kalau boleh kita nak satu badan kita wangi kan? :)


2. Cuci

beli lah pencuci miss v yang ada dekat pasaran sekarang. banyak! pilih je nak jenama apa. dekat muka tu dah macam-macam brand korang tenyeh, kenapa tidak pada miss v?

secara contoh brand Lactacyd ni :


ada 4 pilihan. pilih je untuk kesesuaian korang. yang penting, miss v korang sentiasa bersih!

lagi satu lepas buang air kecik, jangan lupa lap tau. jangan biar miss v korang lembap, bakteria lagi suka duduk temapt-tempat lembap ni.


3. Memutihkan

kepada yang dah terbiasa bercukur, mesti kulit jadi gelap kan? dekat ketiak pun sama. kita sendiri tengok pun rasa insecure. kalau dah kahwin, mesti rasa malu dengan suami sendiri. macam mana nak putihkan ye?

ada banyak produk untuk memutihkan celah peha and ketiak ni. pencuci yang dekat atas tu pun ada yang White Intimate tu. kalau aku, aku sapu Aloe Vera Gel jee. baru je nak cuba, tengok lah nanti macam mana berkesan ke tak :)

Aloe Vera Gel from Faceshop. :)

so girls, what are you waiting for? nak badan sihat, miss v wangi? lets do it now! :)

Share
Tweet
Pin
Share
3 fella
assalamualaikum sisters and brothers!

second entry for today! idk but today is totally bored day. even though harini my birthday huhuhu. dari pagi sampai sekarang, no activities at all, just makan tidur. realiti seorang penganggur.

siapa pernah rasa, lepas something bad happened to yourself, korang rasa korang nak ubah diri? contohnya macam lepas putus cinta, nafsu nak melawa makin membuak? that is what happening to me. dulu bab make up ni memang tak ambik tau langsung pun. just tempek bedak compact and a little eyeliner and lip balm. siap! dah pegi dating dengan pakwe. but after break up, rasa macam argh aku nak lawa! aku nak buktikan dekat dia aku boleh jadi lawa! (realitinya takde la lawa mana pun).

so today, im gonna share you pasal what product ive been using for my make up routine. for those yang baru nak belajar make up, boleh la aku ajar sikit2. because imma beginner too.

1. Apply moisturizer/base make up.

 
Image result for raduant finish pixy
i'm using this Raduant Finish from Pixy. this one is moisturizer btw. for those yang baru nak belajar make up, before pakai bedak, pakai moisturizer dulu, sebab kulit akan nampak lembap and tak kering. dah almost 3 years pakai brand ni, so far SANGAT OKAY :)


2. BB Cream / CC Cream / Foundation

 
Related image
My current BB Cream (Maybelline)

My CC Cream (Maybelline)

Image result for doll foundation sendayu tinggi
My Foundation (Sendayu Tinggi Doll Skin Foundation)

after applying moisturizer, korang boleh pakai antara tiga ni. optional laa. for low/medium coverage, apply bb/cc cream. untuk full coverage, pakai foundation. my bb/cc cream just for my daily make up, foundation untuk event macam kenduri, party dll.

for me, tak perlu kot pakai primer. nampak macam padat sangat lah muka nak apply tu apply ni. kan? im not using primer at all and my make up still looks okay :)

3. Concealer

Image result for pure mineral concealer maybelline
im using this Pure Mineral Concealer from Maybelline for my dark circles yang sangat laa annoying. untuk yang ada normal dark circles, just boleh apply this concealer macam biasa. but for those yang having a very bad dark circles, kena pakai correcter dulu. orange/red correcter. tapi aku takde corrector. so im using my red lipstick and apply around my eyes, blend it well, letak concealer, blend it again.

Macam ni :


4. Eyebrow 

Eyebrow Stylish Set from Essence. since im only a beginner, tak berapa pandai pakai pencil. so pakai powder jelah lagi senang. dalam ni ada sekali dia punya brow class, macam acuan untuk kening memudahkan kita nak lukis kening. aku tak selalu sangat pakai benda ni sebab ambik masa yg lama. nak kemaskan lagi apa semua. kadang-kadang je pakai.


5. Eyeshadow


my favourite eyeshadow palette ever, Naked 2 from Urban Decay. benda alah ni memang ramai pakai pun, thats why aku pun gatai nak beli. sebab aku ni suka warna simple je for my eyes, warna dia pun banyak warna tanah so im superb love it!

6. Eyeliner

Waterproof Eyeliner Pen from Essence. so far okay laa but this one not the only one eyeliner i have tapi yang paling okay yang ni laa. im not eyeliner lover actually huhu thats why kadang-kadang je pakai.


7. Mascara

the best mascara ive ever had! Big Eyes from Maybelline. tak bergumpal, smooth je. ada dua brush, satu untuk upper lashes and kecik sikit tu untuk lower lashes.


8. Blusher

Silky Touch Blush from Essence. aku tak banyak collection for blusher because jarang pakai. so far this one okay laa just nice. :)


9. Highlight

the only one highlight i have, High Beam from Benefit. dia liquid, brush dia macam nail polish gittew. highlight ni untuk apa? ni untuk naikkan seri pipi ke apekebende ntah aku main pakai je hahaha. 

ni haa contohnya :

nampak tak yang glowing dekat pipi dia tu? tu laa highlight.


10. Lipstick

aku ni peminat setia Kissproof from MN. so far ada 3 batang dekat rumah hahaha even macam susah sikit nak pakai tapi aku suka colour dia. 


Ok thats all. ni lah semua produk yang aku selalu guna. saja nak share, kot-kot korang dapat inspirasi ke apa kan. so i have to go now, chiao!

last but not least, nah selfie!

Muah ciked :*


Share
Tweet
Pin
Share
5 fella

assalamualaikum!

its been maybe one month tak usha blog ni. takde mood seh. mood tidur je ni.

and... guess what? today is my birthday. huhuhu happy brthday to me. dah 18, dah cukup dewasa rasanya kot? belum. still perlukan mak hahaha.

thanks for everyone yang wish, yang tak wish pun still thank you sebab lupa birthday ai. (tak guna punya kawan) especially orang tu yang aku struggle too much nak jadi orang pertama yang wish birthday dia haritu but when it comes to my birthday, until now krikk krikk. THANK YOU GILA WEYH!

well for me, birthday is just a normal day. nothing special, no hadiah, no party. just mengharapkan wishes jela kan. kalau wish pun tak mampu kasi hm pegi la terjun gaung sana.

stress dengan orang tu haa. STRESS!!!

Share
Tweet
Pin
Share
3 fella
*listening Like I'm Gonna Lose You*

Hello there brothers and sisters. Selamat malam :) *aku taip tengah-tengah malam ni* Baru je lepas layan Kabhi Kushi Kabhi Gham. Ingatkan nak layan sampai habis, tapi terfikir, "dalam laptop pun ada movie ni kot" terus masuk bilik berblogging eheh.

Haritu aku pegi Sasa, nak cari make up. Lepastu ada laa staf Sasa chinese tu tegur " yee nak cari apa?" Tergoda Terkesima sekejap sebab kulit dia cantik sangat! Macam... ntah. Lembap, putih, flawless. Bla bla bla beli make up balik rumah. Then terfikir, kenapa kulit chinese ni cantik-cantik eh? Lepastu nampak ada orang tweet kat twitter pasal cabaran minum air masak untuk kulit cantik.



Air masak boleh buat kulit cantik? Impossible!

Actually, yes. Budak-budak cina kalau pergi sekolah, botol air gedabak besar diorang bawak sebagai bekal. No wonder la kulit diorang cantik dan pandai-pandai.

Selain untuk kulit cantik, apa lagi kelebihan Air Masak ni?

1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

Sumber : Here

Like wow.... air masak pun banyak khasiat kan? Tapi orang melayu ni suka ambil mudah bab-bab macam ni. Yang diorang tahu nak make up je, penjagaan kesihatan ambik mudah je. Hm mengata diri sendiri sebenarnya.

Kita disarankan minum 8 gelas (2 L) sehari. Tapi aku ni maybe 3 4 gelas je. Lepastu nak persoalkan "apehal kulit aku kering eh?" lol me.

Bangun tidur and sebelum tidur pun kena minum. At least segelas. Amalkan, insyaAllah nampak perubahan.

Bye.

Share
Tweet
Pin
Share
7 fella
Selamat hari raya gais!

Awal-awal raya tu tak sempat nak update entry baru sebab busy beraya kan. Sekarang ni baru ada masa terluang nak blogging balik.

*padahal busy tidur*

Tahun ni aku raya dekat Taiping, Perak. Memang tiap tahun raya Taiping sebab dua-dua belah parents orang Taiping. So pagi tu raya rumah belah mak, petang belah abah. Adil la kan?

Kitorang satu family (without abang sulung, abang dah balik sana dulu sebab dia dari Melaka terus ke Taiping) balik malam raya. Dalam pukul 12 pagi jugak la baru sampai Taiping. Sebelum sampai tu ada la beli kerepek-kerepek lelong 13 bungkus RM10. Murah gila kan? Nama pun lelong malam raya. Sampai je kampung, terus mengadap tv. Rumah tu Tok punya. Sejak Tok meninggal, Cik (my mom's sister) yang duduk situ. So beraya dengan diorang la.

Raya Pertama

Esoknya 1 Syawal yey! Selalunya lepas Subuh memang cari katil balik, tapi haritu semangat nya taktau nak kata. Dekat tv ada takbir. Lagi laa semangat raya tu datang. Sorang demi sorang family bangun tidur. Yang lelaki pergi sembahyang raya, yang perempuan prepare makanan. Aku biasalah tiap tahun memang keje aku isi kuih dalam balang untuk dihidang. Banyak kuih tunjuk je, kuih buat ada la dalam 2 3.

Iron baju, mandi, mekap lawa-lawa. Lepastu mereput taktau nak buat apa. Hadap tv lagi la jawabnya. Sambil tu selfie dulu :3

sibuk je si kecik tu nak interframe


Dah tengah hari sikit baru la mula tetamu datang. Tu pun tak ramai. Nak dekat pukul 3 macam tu, abah ajak pergi beraya rumah sedara belah dia.

my #ootd for 1st syawal


mama :3


Siap-siap lepastu beraya dalam 4 5 buah, sebelum maghrib kitorang balik rumah Cik. 

Guess what?

Ramai gila rumah Cik.Ruang rumah tu besar, tapi memang padat dengan manusia. Taktau lah ada berapa puluh family dalam rumah kami. Family belah Yong (kakak sulung mak) and family belah Cik Budin (suami Cik). Memang ramai sangat. Nak masuk rumah sendiri pun segan. Lepas salam-salam semua duduk termenung. Nak sembang pun dah tak larat sebab penat balik beraya. Perut pun memang macam perempuan pregnant 5 bulan. 

Dalam pukul 11 malam macam tu baru rumah reda. Time tu la baru boleh mandi apa semua. Imagine aku dengan baju kurung dari pagi ke malam. 

Penat tapi seronok :)

Raya Kedua

Raya kedua ni rumah tutup sebab kitorang beraya lagi. Daripada tengah hari sampai malam. Raya kedua turn beraya belah sedara mak. Sebelum tuu..


sisters selfie!

Yang ni pun agak malam la baru boleh balik mandi apa semua. Lepastu layan runningman ramai-ramai.

Raya ketiga, pulang ke Manjung. Sambung beraya kat sini pulak :)

Done cerita raya. Cerita raya korang pulak macam mana?

Share
Tweet
Pin
Share
6 fella
Salam gais!

Harini dah berapa syawal ek? 13 Syawal. MasyaAllah cepat sangat masa berlalu kan? Takpe lah masa berlalu cepat pun, dah tak sabar tunggu bulan november ni untuk sambung belajar hihi.

Back to the title, siapa yang gila ni? Kenapa aku cakap dia gila? Apa yang dia dah buat?

I'm talking abt that guy yang gelarkan diri dia Molg H. Tak sure tu nama dia ke nama buku dia ke nama kucing ke peti ais ke kan. Dia ni ada buat comic, comic dia ni memang viral la sebab sangat-sangat creepy and tak masuk akal.

Ni antara comic-comic dia :











my expectation abt beranak dalam air em ._.


Kalau korang baca komik-komik ni mesti first impression korang is "pelukis dia ni mesti ada masalah mental" "dia ni gila ke lukis benda tak masuk akal macam ni" . Itu laa yang aku fikir untuk kali pertama. Tapi bila fikir balik, dia ni mungkin macam kita je. Cuma dia ni jenis fikir jauh. Tak dinafikan sometimes aku pun ada fikir benda-benda merepek macam ni cuma aku tak komikkan aje hehe.

In a nutshell, dia ni kreatif. Mungkin ni hobi dia, suka benda yang horror and thinking out of the box, kan? Sekarang ni tak pasal-pasal dia dah femes sebab komik dia ni. 

Well aku pun suka benda-benda creepy macam ni even aku ni penakut sangat. Actually bukan ke arah ngeri macam ni but lebih kepada paranormal, makhluk ghaib macamtu. Since @seramshit dekat twitter dah takde aku dah taktau nak baca kisah hantu dari mana hahahahaha.

Bye.

Share
Tweet
Pin
Share
6 fella
Salam 25th Ramadhan sisters and brothers!

Lagi 5 hari je lagi nak raya ni. Mesti tak sabar kan? Nak jumpa sedara-mara yang lama tak jumpa, nak melantak ketupat, merasa rendang, pakai baju baru. Cakap pasal baju, persiapan korang macam mana? Dah settle belum? Aku, alhamdulillah semua dah cukup. Ala kadar je, sebab mood raya tu takde.


Nak kongsi sikit ni pasal buah-buahan. As all know, buah-buahan ni banyak khasiatnya kan? Untuk cantikkan kulit, elok untuk sistem penghadaman, macam-macam la. Boleh dikatan buah-buahan ni penawar yang sedap. Semua buah sedap kan. So harini aku nak share dengan korang khasiat-khasiat buah yang jarang korang tahu.


Strawberry
Nama saintifiknya Fragaria. Ia tumbuh menjalar dan kaya dengan vitamin C, vitamin K, asid folik, potasium, riboflavin, vitamin B5, vitamin B6, magnesium, omega 3 dan juga antioksidan yang berupaya memerangi radikal bebas.

Kiwi
Cukup sekadar 2 biji kiwi sehari sudah memadai sebagai diet seimbang harian anda. Ia dikatakan memiliki sajian gizi terbaik dan mineral yang seimbang sebagai khasiat lengkap keperluan manusia. Dua kali ganda manfaat vitamin C daripada oren dan dua kali ganda khasiat vitamin E berbanding avokado, sangat berbaloi untuk dijadikan hidangan terbaik.

Beri
Kaya dengan khasiat antioksida, vitamin C, E, sumber serat yang tinggi dan kepekatan pati antosaninn sangat membantu melindungi diri daripada serangan jantung, kanser, kabur penglihatan dan hilang daya ingatan.

Naga
Buah naga yang sungguh manis ini juga dikenali sebagai Magifera Indica. Ia terbukti berkesan mengurangkan risiko barah, gangguan peredaran darah dan juga masalah jantung. Kandungan vitamin B2, B1, C, A, antioksidan dan kalsium sangat mengagumkan.

Prun
Buah ini merupakan buah pelam yang telah kering. Ia memiliki khasiat antioksidan, vitamin A, kerotin, mineral, polyphenol dan juga serat yang tinggi yang mampu memperlahankan proses penuaan dalaman dan luaran badan manusia.

Tembikai
Kadar kalori dalam buah ini sangat rendah. Kehebatan kalsium, karbohidrat, lemak, zat besi, magnesium, fosforus, potassium, protein, sodium dan gula di dalamnya mampu mengawal tekanan darah, meningkatkan daya penglihatan dan membantu proses penyembuhan luka.

Epal Merah
Epal merah yang kaya dengan kandungan serat ini berupaya membantu melawaskan masalah perut. Selain itu, ia juga memiliki bahan fitokimia penting seperti kuersetin, catechinm, phloridzin dan asid klorogenik.

Lemon
Buah sitrus ini selalu digunakan untuk diperap bersama makanan laut yang mentah mahupun daging sebagai agen pembunuh bakteria dan mikroorganisma di dalamnya. Ia juga terkenal membersihkan sistem penghadaman dan hati serta mencegah jangkitan saluran kencing. Kandungan vitamin C, B2, B3, B5, B6, karbohidrat, lemak, protein dan kalsium nyata tidak mengecewakan.

Sumber : Majalah Dara.com


So, kepada yang tak makan sayur (macam aku), banyakkan macam buah okay. At least badan korang tu ada la vitamin yang boleh sihatkan badan korang tu. Takpun korang buat jus je. Bulan puasa ni kan, lagi la badan tu perlukan vitamin.

Salam Ramadhan and Salam Aidilfitri semua :)

Share
Tweet
Pin
Share
1 fella
assalamualaikum!

panas betul cuaca lately ni. rasa macam duduk tepi orang bakar lemang. (eh?) . uish lemang, tak sabarnya nak raya kan kan. tapi baju kurung tak beli lagi kuikui.

cakap pasal kucing ni, siapa je yang tak suka kucing kan? semua suka. yang tak suka tu dia memang manusia dalam kategori pelik lagi memelikkan. aku ni bukan setakat suka, tapi dah tahap obses. pantang nampak kucing mesti nak kejar. bukan sebab apa, sebab nak peluk nak gomoi. aku ada bela sekor kat rumah, memang hari-hari kene gomoi.

so, harini aku nak share pasal jenis2 kucing yang paling popular di antara penggemar kucing. banyak sebenarnya jenis kucing ni tapi aku akan share top 10 paling popular.


1. Persian Cat


Aaaaaa tengok la bulu dia tu! Gebu gebas kalau peluk mesti sedap taknak lepas. Persian cat ni adalah seekor kucing berbulu panjang yang dikenali dengan wajah bulat dan mulut pendek. (tu yang comel tu). Persian adalah kucing yang paling popular kerana sangat penyayang dan setia.

Salah satu jenis kucing tertua, namanya sempena nama tempat asalnya, Persia (Iran). Diakui oleh peminat kucing sejak akhir abad 19, diperkenalkan pertama kali di England, dan oleh penternak Amerika selepas Perang Dunia Kedua. Persia mempunyai harga yang tinggi dan perlu rawatan pemeliharaan setiap hari, bulunya adalah sangat susah untuk dijaga rapi. Kadang-kadang tumbuh sehingga 3 inci panjangnya! Persia memerlukan persekitaran yang nyaman untuk merasa aman.


2. Siamese Cat (kucing siam)


Asal namanya Siamese tidak diketahui, tetapi diyakini berasal dari Asia Tenggara. Kucing ini berkembang biak dari Siamese Moden menunjukkan bentuk tubuh rapi, ramping, bergaya, fleksibel dan badan berotot. Kepala berbentuk segitiga, dengan mulut kecil. Mata berbentuk almond dan cembung. Bulu pendek, berkilat, halus, lembut, padat dan sesuai dengan badan. Siamese dikenali dengan skema warna khas yang tajam.Kucing ini ramping dan cergas dengan telinga yang besar. Bulu yang pendek dan terletak berhampiran dengan kulitnya.

Kucing ini suka dibelai, dan sangat setia dan rapat dengan seseorang. Kucing ini sangat cerdas dan penuh kasih sayang. Kucing ini sangat mudah berinteraksi, berbunyi dengan suara serak untuk perhatian atau hanya untuk diajak berinteraksi! Kucing ini cenderung mendapat perhatian ramai atau kuat menangis jika anda mengabaikannya. (aloo comelnya)


3. The Maine Coon Cat


The Maine Coon mempunyai struktur tulang yang besar, dengan bentuk badan persegi, dan bulu panjang menjalar dibadannya. Pembiakkannya dapat dilihat dalam berbagai warna dan dikenali melalui kecerdikannya. Bagi kucing jantan kebanyakan berat badannya 12-18 paun, pada berat betinanya biasanya 10-14. Kucing ini kuat, lembut dan manja dengan bulu panjang tetapi tidak memerlukan banyak bpenjagaan rapi seperti Persia .


4. Abyssinian cat


The Abyssinian adalah jenis kucing peliharaan dengan bulu yang sebegitu menarik. Ada banyak cerita tentang asal-usulnya, ramai yang mengatakan ianya berasal dari Mesir, tetapi asal-usul yang sebenarnya tidak pasti. The Abyssinian telah menjadi salah satu yang paling popular keturunan kucing bulu pendek di Amerika Syarikat. Bulu separa-panjang, padat, dan lembut untuk disentuh. The Abyssinian mempunyai bulu yang luar biasa cukup untuk menarik perhatian.Abyssinians sangat aktif, sibuk dan lucu, dan kucing ini menyayangi manusia.


5. Ragdoll cat (my favourite!!!)


The Ragdoll adalah salah satu jenis kucing peliharaan terbesar dengan bentuk badan tegap, tapak kaki besar dan seimbang. Kucing ini berkembang biak dengan mata biru dan bulu colorpointyang berbeza. Ini adalah kucing semi-artis besar dan berotot dengan bulu yang lembut dan halus.

Kucing ini sangat lembut, santai dan penuh kasih sayang. Kucing ini begitu jinak namun ianya berbahaya untuk ditinggalkan di rumah sendirian kerana kucing ini tidak dapat mempertahankan diri jika diserang haiwan lain. (atau dengan erti kata lain, pondan. tapi cantik sangat)


6. The Exotic Cat


The Exotic Shorthair mempunyai sifat lembut dan tenang dari Persia. Sifat ingin tahu dan suka bermain, kucing ini mesra terhadap kucing dan anjing lainnya. Kucing ini jarang mengeluarkan bunyi. Kucing ini tidak suka ditinggalkan sendirian, dan memerlukan kehadiran tuannya.


7. Savannah Cat


Kucing ini merupakan kacukan silang antara kucing serval dan kucing rumah. Savana umumnya dibandingkan dengan anjing dalam kesetiaan, dan kucing ini akan mengikuti tuannya di sekitar rumah seperti anjing. Savana juga dapat dilatih untuk berjalan di atas tali, dan malah menyambut tetamu. Savana dilaporkan sebagai sangat sosial dan mesra dengan orang-orang baru, dan kucing lain dan anjing, sementara yang lain ada bersembunyi atau kembali mendesis dan marah ketika melihat orang asing. Kucing ini sering belajar bagaimana untuk membuka pintu dan almari, Savana merupakan kucing yang tidak takut dengan air. Beberapa pemilik kucing juga mandi dengan kucing Savana.


8. Burmese Cat


Burmese cat dianggap sebagai kucing bulu pendek asing di Amerika Syarikat. Warna mata kucing ini adalah berwarna emas atau kuning. Badannya dikenali kerana berkilau, dengan satin finish. Seperti kebanyakan kucing berbulu pendek, tidak memerlukan rawatan tambahan.


9. Manx Cat


The Manx adalah jenis kucing dengan mutasi semulajadi tulang belakang. Mutasi ini ekornya lebih pendek. Manx dikatakan pemburu unggul dan dikenali untuk menangkap mangsa yang lebih besar malah ketika masih muda. Kucing ini sering dicari oleh petani dengan masalah haiwan perosak seperti tikus. Kaki belakang Manx lebih panjang daripada kaki depan, menciptakan satu henjutan yang berkesinambungan dari bahu ke punggung kucing memberikan penampilan yang kuat.

Telinga kucing ini lebih kecil dari keturunannya dan Manx boleh ada dalam pelbagai warna, termasuk Tortoise-shell, Tabby, Calico, dan semua warna bulu padat. Kepala yang bentuknya bulat, dan seringkali sangat ekspresif, dengan mata lucu dan hidung kecil.


10. Sphynx Cat


The Sphynx (juga dikenali sebagai kucing Kanada Mexico) adalah jenis kucing yang dikenali kerana kurangnya bulu. The Sphynx kelihatan seperti kucing berbulu, tetapi tidak benar-benar berbulu. Tekstur kulit menyerupai kulit Chamois. Hal tersebut dapat dilindungi dengan sangat pendek, bulu halus, tidak seperti buah pea. Memandangkan Kucing sphynx mahu untuk tetap hangat, kucing ini bertempek kepada haiwan lain dan manusia. Malah cenderung berpelukan dan tidur dengan tuannya di bawah selimut. Kurangnya bulu menjadikan kucing cukup terasa pada sentuhan kulit .

Kucing ini biasa dikenali melalui pola (padat, tompok, van, kucing, tortie, dll) dapat ditemui pada kulit Sphynx. Oleh kerana kurangnya bulu, Sphynxes memerlukan proses cuci biasa kerana tidak ada bulu untuk menyerap minyak semulajadi di kulitnya. Sphynxes dikenali kerana sifatnya yang ekstrovert. Kucing ini menampilkan tahap tenaga yang tinggi, kecerdasan, rasa ingin tahu, dan kasih sayang untuk tuannya. Kucing ini memiliki mata yang luar biasa besarnya.


kalau diikutkan hati, nak bela semua yang kat atas ni. sebab kebanyakannya semua manja dengan tuan kan. cats lover of course suka kucing yang manja. tapi.... of course laa semua kucing ni mahal. tak mampu hm.

done for this entry. annyeong ~

Share
Tweet
Pin
Share
3 fella
Newer Posts
Older Posts

Followers

about

S U L Y A N I • G H A Z A L I
A 1997's girl who loves writing and expressing her feelings through blog. Feel free to read any entry here but please do not spamming. Lots of love, OWNER.

follow

  • Instagram
  • Twitter
  • Facebook

Categories

  • #SulysFreebies
  • #SulysReview
  • #SulysSegmen
  • #SulysShare
  • #SulysTalk
  • #SulysTips
  • #SulysTuto
  • segmen

history

  • September (1)
  • December (1)
  • November (3)
  • October (1)
  • September (2)
  • August (5)
  • July (4)
  • June (11)
  • March (1)
  • February (4)
  • January (31)
  • December (22)
  • November (5)
  • June (1)
  • February (1)
  • December (2)
  • October (1)
  • August (1)
  • June (4)
  • March (7)
  • February (8)
  • January (1)
Facebook Twitter Instagram Bloglovin

Created with by ThemeXpose