Alam Mimpi?

by - 1:14 PM

Assalamualaikum readers.

Yep yep yep, Saturday! But still, nothing special. Whatever matter is, Isnin ni Merdekaaa! Kalau masih sekolah ni mesti tengah sibuk nak hias kelas, kutip duit beli bendera (yang sibuk kutip duitnya mesti laa aku sebab aku bendahari a.k.a ah long a.k.a kak yong). Siapa tak seronok kan ramai-ramai hias kelas hm rindu zaman sekolah. Kawan-kawan sekolah sekarang semua dah jauh, dapat kawan baru, and yeah kawan lama dilupakan. R to the E to the D to the H to the A.


The title of this entry, Alam Mimpi. Semua orang pernah bermimpi. Bukan setakat orang, haiwan pun bermimpi. Kadang-kadang tu mimpi yang terrrrrrrrrsangatlah merepek and kita tak pernah terfikir langsung benda tu! Mungkin sebab gangguan syaitan nak rapuhkan iman kita. Tapi of course kita nak tau lebih mendalam pasal mimpi ni.

Secara umumnya, mimpi berlaku apabila seseorang itu sedang tidur. Boleh juga berlaku dalam situasi lain, seperti ketika pengsan, mabuk, nazak dan sebagainya, dengan syarat physically unconscious or semi-conscious.

Dikatakan mimpi berlaku apabila roh seseorang itu keluar dari jasadnya, cuma yang berbeza dengan kematian ialah roh orang mati keluar terus kesemua sekali dari jasad. Bagi orang yang bermimpi, rohnya hanya keluar dalam ertikata 'menjenguk' (extending), masih ada yang tinggal dalam jasad. Sebab itulah orang tidur masih bernafas. Ibarat seseorang yang kakinya berada dalam air tapi dari kepala sampai ke pinggang berada atas permukaan air. Atau, ibarat kaki kanan kat dalam air tapi kaki kiri memijak daratan. Begitulah juga orang yang bermimpi, sebahagian rohnya berada dalam jasadnya manakala sebahagian lagi berada di luar tubuhnya.

"Sesungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar kepada Rasul-Nya, kamu akan masuk Masjidil Haram jika dikehendaki Allah dengan aman", maksud Surah al-Fath, ayat 27. 

Mimpi Benar

Bagi mimpi yang benar, roh tersebut memang keluar (sambil sebahagiannya lagi berada dalam jasad) ke tempat-tempat yang tertentu. Ada yang bermimpi keluar dari bilik tidurnya dan melihat ayahnya sedang membaca suratkhabar di ruang tamu. Bila terjaga, didapatinya memang ayahnya sedang berada di ruang tamu, membaca suratkhabar. Mimpi sebegini digelar 'mimpi semasa', kita bermimpi berkenaan apa yang sedang berlaku pada waktu itu (in the current time, but not necessarily space).

Ada juga mimpi benar yang menunjukkan perkara yang akan berlaku. Ini terjadi apabila roh seseorang itu 'menjenguk' ke masa hadapan. Kerana itulah para pemikir Islam meyakini bahawa kelajuan roh mengatasi kelajuan masa.

Mimpi benar yang satu lagi ialah mimpi yang 'kelihatan' ganjil, atau mimpi qiasan, yang mana dalam keadaan ini roh tersebut memasuki alam yang lain, digelar alam ghaib. Alam ghaib ini ada banyak, antaranya alam barzakh (bila bermimpi bertemu orang yang telah meninggal dunia), alam jin dan sebagainya. Dalam mimpi jenis ini, seseorang itu mungkin bermimpi melihat tempat atau makhluk yang ganjil. Mimpi rambut menjadi panjang, mimpi dipatuk ular atau mimpi tercabut gigi adalah termasuk jenis mimpi qiasan. Mimpi yang disebut dalam Surah Yusuf, juga adalah dari jenis qiasan.

Mimpi Lagha

Mimpi akibat mainan syaitan dipanggil mimpi palsu, atau mimpi lagha atau lalai. Maksudnya lalai dari menyebut nama Allah SWT. sebelum tidur. Biasanya mimpi jenis ini tiada sebarang makna, ataupun dusta. Dipercayai sewaktu mengalami mimpi jenis ini, hakikatnya adalah salah satu daripada dua keadaan :

1. Roh yang keluar 'berjalan-jalan' telah dikelirukan /ditipu oleh syaitan.

2. Roh tidak ke mana-mana, cuma di dalam otak atau fikiran sendiri (contohnya seorang yang terlalu ingin nak jumpa seseorang mungkin akan bermimpi sedemikian. Juga termasuk mainan syaitan.

***

Dan ada lagi satu yang menarik minat aku iaitu Lucid Dream. Pernah dengar tak? Kalau orang melayu biasa panggil kena tindih waktu tidur. Aku pun pernah alami, tapi dalam keadaan sedar tak sedar. Tiap kali jadi aku mesti "alahai jadi lagi" hahahaha means aku sedar tapi sebenarnya tengah tidur lagi. Kay pening kejap kepala otak aku.

Apa itu "Lucid Dream" secara ilmiah ? Istilah "Lucid Dream" ini di cipta oleh pakar psikiatri Belanda dan penulis Frederik (Willem) Van Eeden yang hidup di antara tahun (1860-1932). Dalam "Lucid Dream" atau "Mimpi Jelas",  pemimpi boleh sedar dan mengawal serta mengolah atau manupilasi mimpi mereka sendiri dan juga persekitaran mimpi mereka.

Pengalaman "Lucid Dream" ini adalah betul-betul "Real" dan jelas seolah-olah kita berada di sana. Ini dapat di jelaskan bila terdapat jumlah kandungan Beta Band-1 Frekuensi (13-19 Hz) yang banyak pada pelaku "Lucid Dream", di mana ia merangsang peningkatan aktiviti pada Lobus Parietal pada otak yang membuatkan proses sedar.Bermimpi "Lucid" ini telah dikaji secara saintifik dan di sahkan kesahihannya.

Apa itu “Lucid Dream” secara santai ? Lucid Dream adalah satu kebolehan menguasai mimpi ketika anda tidur.  Ia berlaku apabila anda bermimpi “Lucid” anda boleh kuasai mimpi tersebut. Anda bukan lagi jadi pemerhati atau pelihat mimpi tetapi anda jadi pelakonnya dan anda seperti berada dalam dunia nyata dengan kebolehan yang luarbiasa.

Lucid Dream ini bukan satu kelebihan ia boleh di latih dan di kuasai. Sesiapa sahaja boleh latih dan kuasai mimpinya. Dalam Lucid Dream ini anda boleh belajar terbang, boleh tukar skrin mimpi, boleh jumpa sesiapa, boleh tembus dinding, boleh belajar macam-macam dan banyak lagi. Anda perlu rasa pengalaman ini sendiri untuk tahu apa yang saya maksudkan.

Macam pengalaman aku sendiri, aku tersedar dalam mimpi aku tapi aku takboleh nak bergerak. So nak tembus dinding ke terbang ke memang takboleh hm *nangis*.

Sampai sini je kot apa yang aku boleh share dengan korang. Adios!

Sumber : HERE HERE

You May Also Like

4 fella