Kelebihan Air Kosong/Masak/Putih

by - 12:15 AM

*listening Like I'm Gonna Lose You*

Hello there brothers and sisters. Selamat malam :) *aku taip tengah-tengah malam ni* Baru je lepas layan Kabhi Kushi Kabhi Gham. Ingatkan nak layan sampai habis, tapi terfikir, "dalam laptop pun ada movie ni kot" terus masuk bilik berblogging eheh.

Haritu aku pegi Sasa, nak cari make up. Lepastu ada laa staf Sasa chinese tu tegur " yee nak cari apa?" Tergoda Terkesima sekejap sebab kulit dia cantik sangat! Macam... ntah. Lembap, putih, flawless. Bla bla bla beli make up balik rumah. Then terfikir, kenapa kulit chinese ni cantik-cantik eh? Lepastu nampak ada orang tweet kat twitter pasal cabaran minum air masak untuk kulit cantik.



Air masak boleh buat kulit cantik? Impossible!

Actually, yes. Budak-budak cina kalau pergi sekolah, botol air gedabak besar diorang bawak sebagai bekal. No wonder la kulit diorang cantik dan pandai-pandai.

Selain untuk kulit cantik, apa lagi kelebihan Air Masak ni?

1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

Sumber : Here

Like wow.... air masak pun banyak khasiat kan? Tapi orang melayu ni suka ambil mudah bab-bab macam ni. Yang diorang tahu nak make up je, penjagaan kesihatan ambik mudah je. Hm mengata diri sendiri sebenarnya.

Kita disarankan minum 8 gelas (2 L) sehari. Tapi aku ni maybe 3 4 gelas je. Lepastu nak persoalkan "apehal kulit aku kering eh?" lol me.

Bangun tidur and sebelum tidur pun kena minum. At least segelas. Amalkan, insyaAllah nampak perubahan.

Bye.

You May Also Like

7 fella