Powered by Blogger.
  • Home
  • About
  • Stuffs
    • Review
    • Tutorial
    • Freebies
  • Dashboard
  • Follow
Instagram Twitter Facebook

SulysWrite

assalamualaikum!

panas betul cuaca lately ni. rasa macam duduk tepi orang bakar lemang. (eh?) . uish lemang, tak sabarnya nak raya kan kan. tapi baju kurung tak beli lagi kuikui.

cakap pasal kucing ni, siapa je yang tak suka kucing kan? semua suka. yang tak suka tu dia memang manusia dalam kategori pelik lagi memelikkan. aku ni bukan setakat suka, tapi dah tahap obses. pantang nampak kucing mesti nak kejar. bukan sebab apa, sebab nak peluk nak gomoi. aku ada bela sekor kat rumah, memang hari-hari kene gomoi.

so, harini aku nak share pasal jenis2 kucing yang paling popular di antara penggemar kucing. banyak sebenarnya jenis kucing ni tapi aku akan share top 10 paling popular.


1. Persian Cat


Aaaaaa tengok la bulu dia tu! Gebu gebas kalau peluk mesti sedap taknak lepas. Persian cat ni adalah seekor kucing berbulu panjang yang dikenali dengan wajah bulat dan mulut pendek. (tu yang comel tu). Persian adalah kucing yang paling popular kerana sangat penyayang dan setia.

Salah satu jenis kucing tertua, namanya sempena nama tempat asalnya, Persia (Iran). Diakui oleh peminat kucing sejak akhir abad 19, diperkenalkan pertama kali di England, dan oleh penternak Amerika selepas Perang Dunia Kedua. Persia mempunyai harga yang tinggi dan perlu rawatan pemeliharaan setiap hari, bulunya adalah sangat susah untuk dijaga rapi. Kadang-kadang tumbuh sehingga 3 inci panjangnya! Persia memerlukan persekitaran yang nyaman untuk merasa aman.


2. Siamese Cat (kucing siam)


Asal namanya Siamese tidak diketahui, tetapi diyakini berasal dari Asia Tenggara. Kucing ini berkembang biak dari Siamese Moden menunjukkan bentuk tubuh rapi, ramping, bergaya, fleksibel dan badan berotot. Kepala berbentuk segitiga, dengan mulut kecil. Mata berbentuk almond dan cembung. Bulu pendek, berkilat, halus, lembut, padat dan sesuai dengan badan. Siamese dikenali dengan skema warna khas yang tajam.Kucing ini ramping dan cergas dengan telinga yang besar. Bulu yang pendek dan terletak berhampiran dengan kulitnya.

Kucing ini suka dibelai, dan sangat setia dan rapat dengan seseorang. Kucing ini sangat cerdas dan penuh kasih sayang. Kucing ini sangat mudah berinteraksi, berbunyi dengan suara serak untuk perhatian atau hanya untuk diajak berinteraksi! Kucing ini cenderung mendapat perhatian ramai atau kuat menangis jika anda mengabaikannya. (aloo comelnya)


3. The Maine Coon Cat


The Maine Coon mempunyai struktur tulang yang besar, dengan bentuk badan persegi, dan bulu panjang menjalar dibadannya. Pembiakkannya dapat dilihat dalam berbagai warna dan dikenali melalui kecerdikannya. Bagi kucing jantan kebanyakan berat badannya 12-18 paun, pada berat betinanya biasanya 10-14. Kucing ini kuat, lembut dan manja dengan bulu panjang tetapi tidak memerlukan banyak bpenjagaan rapi seperti Persia .


4. Abyssinian cat


The Abyssinian adalah jenis kucing peliharaan dengan bulu yang sebegitu menarik. Ada banyak cerita tentang asal-usulnya, ramai yang mengatakan ianya berasal dari Mesir, tetapi asal-usul yang sebenarnya tidak pasti. The Abyssinian telah menjadi salah satu yang paling popular keturunan kucing bulu pendek di Amerika Syarikat. Bulu separa-panjang, padat, dan lembut untuk disentuh. The Abyssinian mempunyai bulu yang luar biasa cukup untuk menarik perhatian.Abyssinians sangat aktif, sibuk dan lucu, dan kucing ini menyayangi manusia.


5. Ragdoll cat (my favourite!!!)


The Ragdoll adalah salah satu jenis kucing peliharaan terbesar dengan bentuk badan tegap, tapak kaki besar dan seimbang. Kucing ini berkembang biak dengan mata biru dan bulu colorpointyang berbeza. Ini adalah kucing semi-artis besar dan berotot dengan bulu yang lembut dan halus.

Kucing ini sangat lembut, santai dan penuh kasih sayang. Kucing ini begitu jinak namun ianya berbahaya untuk ditinggalkan di rumah sendirian kerana kucing ini tidak dapat mempertahankan diri jika diserang haiwan lain. (atau dengan erti kata lain, pondan. tapi cantik sangat)


6. The Exotic Cat


The Exotic Shorthair mempunyai sifat lembut dan tenang dari Persia. Sifat ingin tahu dan suka bermain, kucing ini mesra terhadap kucing dan anjing lainnya. Kucing ini jarang mengeluarkan bunyi. Kucing ini tidak suka ditinggalkan sendirian, dan memerlukan kehadiran tuannya.


7. Savannah Cat


Kucing ini merupakan kacukan silang antara kucing serval dan kucing rumah. Savana umumnya dibandingkan dengan anjing dalam kesetiaan, dan kucing ini akan mengikuti tuannya di sekitar rumah seperti anjing. Savana juga dapat dilatih untuk berjalan di atas tali, dan malah menyambut tetamu. Savana dilaporkan sebagai sangat sosial dan mesra dengan orang-orang baru, dan kucing lain dan anjing, sementara yang lain ada bersembunyi atau kembali mendesis dan marah ketika melihat orang asing. Kucing ini sering belajar bagaimana untuk membuka pintu dan almari, Savana merupakan kucing yang tidak takut dengan air. Beberapa pemilik kucing juga mandi dengan kucing Savana.


8. Burmese Cat


Burmese cat dianggap sebagai kucing bulu pendek asing di Amerika Syarikat. Warna mata kucing ini adalah berwarna emas atau kuning. Badannya dikenali kerana berkilau, dengan satin finish. Seperti kebanyakan kucing berbulu pendek, tidak memerlukan rawatan tambahan.


9. Manx Cat


The Manx adalah jenis kucing dengan mutasi semulajadi tulang belakang. Mutasi ini ekornya lebih pendek. Manx dikatakan pemburu unggul dan dikenali untuk menangkap mangsa yang lebih besar malah ketika masih muda. Kucing ini sering dicari oleh petani dengan masalah haiwan perosak seperti tikus. Kaki belakang Manx lebih panjang daripada kaki depan, menciptakan satu henjutan yang berkesinambungan dari bahu ke punggung kucing memberikan penampilan yang kuat.

Telinga kucing ini lebih kecil dari keturunannya dan Manx boleh ada dalam pelbagai warna, termasuk Tortoise-shell, Tabby, Calico, dan semua warna bulu padat. Kepala yang bentuknya bulat, dan seringkali sangat ekspresif, dengan mata lucu dan hidung kecil.


10. Sphynx Cat


The Sphynx (juga dikenali sebagai kucing Kanada Mexico) adalah jenis kucing yang dikenali kerana kurangnya bulu. The Sphynx kelihatan seperti kucing berbulu, tetapi tidak benar-benar berbulu. Tekstur kulit menyerupai kulit Chamois. Hal tersebut dapat dilindungi dengan sangat pendek, bulu halus, tidak seperti buah pea. Memandangkan Kucing sphynx mahu untuk tetap hangat, kucing ini bertempek kepada haiwan lain dan manusia. Malah cenderung berpelukan dan tidur dengan tuannya di bawah selimut. Kurangnya bulu menjadikan kucing cukup terasa pada sentuhan kulit .

Kucing ini biasa dikenali melalui pola (padat, tompok, van, kucing, tortie, dll) dapat ditemui pada kulit Sphynx. Oleh kerana kurangnya bulu, Sphynxes memerlukan proses cuci biasa kerana tidak ada bulu untuk menyerap minyak semulajadi di kulitnya. Sphynxes dikenali kerana sifatnya yang ekstrovert. Kucing ini menampilkan tahap tenaga yang tinggi, kecerdasan, rasa ingin tahu, dan kasih sayang untuk tuannya. Kucing ini memiliki mata yang luar biasa besarnya.


kalau diikutkan hati, nak bela semua yang kat atas ni. sebab kebanyakannya semua manja dengan tuan kan. cats lover of course suka kucing yang manja. tapi.... of course laa semua kucing ni mahal. tak mampu hm.

done for this entry. annyeong ~

Share
Tweet
Pin
Share
3 fella
bila nama pun bulan puasa, nafsu dekat makanan ni jadi lain macam yee idok? asyik nak post pasal makanan jee. yang lelaki pun dah takde nafsu tengok perempuan, lebih terpikat dekat murtabak, kuih tepung pelita, air bandung dan lain-lain. okay harini aku nak share cara-cara nak buat kek yang memang sedap, memang buat korang terliur.

1. OREO CHEESE CAKE BAKED

Image result for OREO CHEESE CAKE BAKED
Bahan-bahan :

(Base)
300g biskut oreo (dibuang krim)
75g butter cair

(Filling)
500g cream cheese
110g gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur
150ml whipping cream
20 keping biskut oreo (buang krim dan patahkan 4)

Cara-cara :

(Base)
1. Buang krim biskut oreo dan kisar halus dan gaul dengan butter cair tadi.
2. Tekan padat dalam loyang dan bakar selama 15 minit pada suhu 150'c (ikut oven masing-masing)

(Filling)
1. Putar cream cheese dan gula hingga sebati.
2. Masukkan telur, esen vanilla dan whipping cream, putar sebati.
3. Masukkan biskut oreo, gaul sebati.
4. Lapik keliling dan tapak loyang dengan kertas minyak.
5. Tuang adunan dalam loyang dan bakar cara water bath.
6. Bakar 150' selama 45-50 minit.
7. Bila dah masak buka sedikit pintu oven dan biarkan kek sejuk dalam oven selama 30 minit.
8. Keluarkan kek tutup permukaan kek dengan plastik wrap dan simpan dalam peti sejuk 4jam @ semalaman.


2. RAINBOW CAKE

Image result for rainbow cake
Bahan-bahan :

18 sudu besar (2 stick + 2 sudu besar) butter
4 1/2 cawan tepung
3/4 cawan susu segar @ sejat
3/4 cawan air
9 biji putih telur
1 sudu besar esen vanilla
2 sudu besar baking powder
2 1/4 cawan gula

Cara-cara :

1. Ambil 2 mangkuk.
2. Mangkuk 1 campurkan susu, air, telur dan esen vanilla, gaul sebati.
3. Mangkuk 2 campurkan tepung dan baking powder, gaul sebati.
4. Dalam mangkuk lain campurkan gula dan butter, putar hingga lembut.
5. Masukkan adunan mangkuk 1, putar sebati.
6. Kemudian masukkan adunan mangkuk 2, putar sebati.
7. Bahagi adunan pada 6 mangkuk dan 6 warna.
8. Bakar 170'c selama 15-20 minit (ikut oven masing-masing)


3. CHOCOLATE MOIST

Image result for chocolate moist cake
Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
2 biji telur grad A
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 cawan air
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :

1. Panaskan periuk kukus hingga air mendidih.
2. Putar telur dan gula hingga kembang.
3. kemudian masukkan semua bahan yang lain, putar sebati.
4. Sapu sedikit mentega pada loyang dan tuang adunan.
5. Kukus 45-55 minit klu guna loyang dan kukus 15 minit klu guna acuan kecil.
6. Paskan penutup periuk kukus di balut dengan kain@kertas aluminium supaya air tak menitis atas kek.
7. Kukus guna api sederhana. Kalau guna api kuat atas kek akan merekah.


nampak dap ngat ngat kan? nanti birthday aku, aku nak terai buat semua ni. nak? buat laa sendiri :3

Share
Tweet
Pin
Share
4 fella
Related image

talking about first love... yang main-main ke yang real?

yang main-main, haha. jatuh cinta untuk kali pertama la? it was happened when i'm in standard 4. time tu hodoh gila bapak dengan speck dengan hitam legam nya, dengan baju besar masyaallah ai kenot. aku suka dekat sorang mamat ni, we're classmate. he's quite hot dekat sekolah since he is a pengawas. and handsome. dan pandai. aku ni apa jelah ada time tu. sebab apa suka? well this question ekceli... bila aku tanya kau sebab apa kau jatuh cinta dekat pakwe kau, bukan dekat lelaki lain? susah kan nak jawab? same thing with this situation la. kitorang pun sekolah agama sama so memang pagi petang ngadap muka dia. the funny moment when semua benda yang dia buat, aku gedik nak ikut. dia goyang kaki, aku goyang kaki. dia pergi pusat sumber aku sibuk nak ikut. seems annoying kan urgh i hate my old me. but now, dia pun dah kemana. but i heard dia sekarang dah berjaya. yelah budak pandai kan. and dah jadi abam sado. but still handsome. i'm not really care sebab rasa tu dah hilang. *flip hair*

yang real, kay ni bab sedih sikit. first time couple. he is my senior at school. beza setahun je. dari form 1 dok usha but form 3 baru dapat kehkeh. bukan aku yg mulakan, dia yang menggatal nak mengorat. couple dalam 2 years 8 months the putus atas sebab-sebab tertentu. honestly, sampai sekarang susah nak buang nama dia dalam hati ni. even dia dah happy with someone else now but aku tak pernah lupa dia dalam doa aku. tiap kali teringat mesti teriak. because for me, he is the most best guy i ever met. baik sangat, caring, penyabar but dia bukan takdir aku so let him go jelah. sampai sekarang still contact but things never be the same as before anymore. rindu sangat but apakan daya...

okay done entry luahan hati. bye sis nak layan runningman kihkih muah ciked :*

**********************************************************************

UPDATED ; dah getback dengan my ex so yeah, im happy. lol
Share
Tweet
Pin
Share
1 fella
Related image

salam gais! how's your 3rd day puasa? of course laa okay kan awak tu bukan budak kecik yang tak biasa puasa. i'm so excited to talk about runningman because i am the biggest fan of them! plus si sparta kook yang masyaallah boleh buat batal puasa kalau pandang lama-lama.

so, every character has their own music background kan? music background ni yang buat some scene tu lagi kelakar. peminat tegar running man dia tau laa. macam aku ni siap download hahaha.

Lee Kwang Soo (Kwang-vatar, Giraffe, Icon of Betrayer)

  • Saint Agnes and the Burning Train (by Sting) 
  • Unknown Title 

Kim Jong Kook (Sparta, Commander, Kookie, Tiger)

  • What We Need Is A Hero (OST Beowulf)

Song Ji Hyo (Miss Mong, Ace, Monday Girlfriend)

  • Angry Birds (from Angry Birds Soundtrack)
  • Hot Issue (4 Minute)

Yoo Jae Suk (Yooruce Willis, Grasshopper, Yoo Hyuk, Yu-imes Bond)

  • Step By Step (by New Kids on the Block)

Kang Gary (Peaceful Gary, Gaelly Gaelly, Monday Boyfriend)

  • You’re The Answer to A Guy Like Me (by LeeSsang)
  • LeeSsang Blues (by LeeSsang)
  • Woman Who Can Not Break up, Man Who Can Not Leave (by LeeSsang)
  • LeeSsang ft Jang Gi Ha & the Faces - Our Meeting (uri jigeum manna)

Ha Dong Hoon (HaHa, Haroro, Penguin)

  • Perfect Love (by Lutricia McNeal)
  • Pororo Opening

Ji Suk Jin (Big Nose Hyung, Sunflower, Impala)

  • The House You Live In (by JYP)
  • I Swear (by All 4 One)

tiap kali play music diorang ni mesti nak tergelak. teringat muka masing-masing menganjing sesama sendiri. tapi memang salute gila la friendship dia. monday couple, spartace, ji hyo dengan kwang soo (even selalu bergaduh), easy brother, banyak lagi la. you guys really made my day :)


Share
Tweet
Pin
Share
6 fella
Salam 3 Ramadhan :)

cadang nak tidur balik lepas subuh, mata mengantuk tapi roh degil tanak keluar. so menaip laa kita. back to topic, sometimes kita rasa ragu-ragu, something yang kita buat tu batal ke tak puasa kita? korek hidung misalnya, ada kata batal, ada kata tak.

so, i found this on twitter :




clear anak-anak? alhamdulillah. moga ramadhan ini penuh barakah hendaknya. mari tidur kahkahkah muah ciked :*
Share
Tweet
Pin
Share
No fella
Image result for bluetick whatsapp
dari dulu lagi aku dok dengar ada saja yang bising pasal bluetick ni. bluetick jadi punca gaduh laki bini, sentap dengan kawan, tak bertegur jiran tetangga, makan tak habis mandi tak basah, (ada kene mengene sangat kan) dan sebagainya.

jangan salahkan ibu mengandung, malah jangan salahkan bluetick tu, salahkan diri sendiri. kenapa tak husnudzon? mungkin boyfriend awak tu tiba2 mati pengsan baca whatsapp awak yang sweet sangat tu ke, ataupun henpon kawan awak terjatuh dalam lubang jamban ketika baca mesej awak sambil berak. husnudzon la sikit.

kalau taktahan sangat sampai bluetick tu buat awak rasa nak membunuh sesama sendiri, sorok la! apa susah sangat. yes i know ada yang tau bluetick boleh disorok, tapi masih ada yang taktau menatang tu boleh disorok. takpe dik, meh akak ajar.

1. pergi Setting whatsapp awak

2. klik Account

3. klik Privacy

4. untick Read Reciepts tu

done! ramai yang taktau read receipts tu sebenarnya bluetick. sekarang dah tau kan? tapi bila awak sorok bluetick ni, awak pun takboleh tengok bluetick orang lain. adil laa kan? harap lepas ni dah takde pergaduhan disebabkan bluetick yang tak salah pape tu.

adios!
Share
Tweet
Pin
Share
No fella


tengok semua kawan-kawan dah pergi sambung belajar, aku je yang terperap dekat rumah lagi. bukannya taknak sambung, tapi aku ni memilih. aku taknak universiti lain selain uitm. bila cakap pasal tawaran tu of course ada yang dapat. tapi, tak berminat. course yang aku dapat pun tak tepati citarasa aku. haa berlagak sangat kan.

why uitm? no reason. macam ada something yang hasut aku supaya jangan pergi tempat lain selain uitm. huhuhu misteri nya bunyi. untuk upu haritu tak dapat, memang hati remuk redam tak terkata. imagine la orang dah berangan apa semua tetiba tak dapat. upu memang konghasam. abang senior pun kata upu ni takboleh pakai.

haritu pergi sekolah, cikgu semua tanya aku dapat mana. senyum je mampu. dan nak tau apa diorang kata?

"kawen jelah sulyani."

berhuhu je mampu. sakit hati iols bila tiada siapa yang mengerti akan penderitaan yang ku alami. bukannya taknak sambung, rezeki tu takde.

tapi nasihat ustazah shukriah, cikgu agama aku tahun lepas, memang buat aku rasa "ustazah je paham aku" . dia kata,

"mungkin belum rezeki kamu. takpe, rezeki dimana-mana. selalunya yang masuk lambat dari orang lain ni la yang dapat elok dari orang lain"

Wuuu mari nangis terharu sesama. Allah have better plan for me insyaAllah. Penghujung bulan ni ada bukak permohonan uitm untuk 2nd intake. Moga-moga rezeki aku kat situ. Doakan ye! :)


Share
Tweet
Pin
Share
2 fella
Assalamualaikum !

First time nak buat review product ni huhuhu (macam la kau pro sangat bab2 make up sampai nak buat review bagai) . Harini nak buat review pasal MN Kissproff Lipstick yang tengah hot sekarang. Aku pun baru je beli minggu lepas sebab dekat instagram ramai yang post pasal benda alah ni. Kepada yang still taktau, macam ni bentuk dia :




Kelebihan Kiss Proof Lipstick ni :
  • Matte
  • Kalis Air
  • Tahan lama
  • Warna yang natural dan cantik

But most of reviewers akan kata this lipstick is too dry. Yup, memang dry and agak leceh kalau nak pakai. But the colours are very pigmented! Colour dia cecantik plus warna nude.

Ni koleksi colour dia :


Its soooooo cantik! Rasa nak borong semua. For those yang rasa its too dry, boleh apply lip balm before apply this Kissproof. Tapi jadi tak matte pulak kan? Ok im gong to share with a make up hacks how to matte your non matte lipstick. Macam ni :

Image result for how to matte your lipstick

Powder tu pakai powder apa-apa pun boleh. I use the Baby Johnson Powder and its works well for me. ♥


My lips wearing code 10! Nampak lain sikit colour dia maybe sebab lighting. So far, its superb :)


Share
Tweet
Pin
Share
5 fella
Salam 1 Ramadhan !

Tak tau laa kenapa lately ni kerap sangat migrain. Ada orang yang salah anggap yang migrain ni sama dengan sakit kepala biasa. BIG NO OKAY. Migrainni lagi sengsara derita malah lebih sakit dari sakit kepala. Rasa macam nak meletup kepala ni. Macam ada orang gergaji otak ni T-T

Migrain ni actually rasa sakit di sebelah kepala sahaja. Tapi sakitnya allah saja yang tau. Selalunya sebelum migrain tu jadi, dia akan datang aura dia dulu. Tapi ada yang sakit terus takde tanda-tanda. Macam aku, aura datang dulu. Aura tu tanda-tanda laa. Ada orang yang buta sementara, nampak garisan cahaya, bintik-bintik, zig zag, berbeza ikut orang. Kalau aku, aku akan nampak zig zag. Macam ni :

taktau kenapa aku tengok gambar ni pun dah rasa pening kepala.

Lepas 10 min macam tu, zig zag ni hilang. Dan mula la penderitaan aku menahan sakit kepala. Panadol jadi kawan baik, terpaksa telan dalam 3 bijik untuk sembuh. Kalau sebijk dah takde kesan. 

Migrain ni jadi bila aku tengok satu cahaya yang sangat terang or bunyi yang sangat kuat. Thats why aku punya phone brightness paling low and bilik aku sangat laa gelap. Lagi satu aku tak suka pakai earphone, sebab kalau salah volume je komfem migrain.

Ok jap nak rehat. Tetiba pening and rasa nak muntah. Gambar atas ni punca!


Share
Tweet
Pin
Share
6 fella


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Time files so fast, kita dah sampai ke Ramadhan pada tahun ni. Alhamdulillah, rasa macam baru je sambut raya tahun lepas kan?

So, whats your plan for Ramadhan this year? Tingkatkan amalan? Yes for sure. Tinggalkan semua perangai syaitan korang tu, kali ni fokus on ibadah je okay.

Kali ni aku nak buat entry pasal Kelebihan Ramadhan. Lets check it out :


‎1. Dibelenggu para syaitan dan jin.

Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.

“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)


2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.

“ Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat pada bulan itu, maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat. Pahala solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan adalah solat Jumaat yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala. Sedekah RM1 dalam bulan Ramadhan adalah sama dengan RM70 di luar Ramadhan.

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)


3. Pintu neraka ditutup.

Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.


4. Dibuka semua pintu syurga.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.


5. Allah perhiaskan syurga.

Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari berpantun minta disegerakan bertemu bakal suaminya di syurga.

Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .


6. Dilepaskan tahanan neraka

Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”


7.Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“


8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Rasulullah bersabda “Siallah (rugilah) puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.


Subhanallah, banyak nya kelebihan bulan Ramadhan ni. Rugi lah mereka yang tak cuba tingkatkan ibadah, masih dengan perangai lama. Muhasabah diri gais :)


Share
Tweet
Pin
Share
4 fella
Anak sayur! (annyeonghaseyo) Berhabuk kemain blog hamba setelah sekian lama tak update entry baru. Rindu tu tak laa cuma nak isi masa lapang setelah mereput berhenti kerja kekeke.

Harini nak cerita pasal #MagicSim. Rata-rata dah tau pasal benda alah ni kan tapi nak update jugak peduli apa kan. Minggu lepas baru beli. Ingatkan limited sangat, pegi je outlet Celcom kat Tesco sebelah rumah tu haa hamek kau berlambak #MagicSim dia. Aku pun amek laa satu sebab lima hengget je kan. Lagi satu sebab iklan dia tulis "ANDA MESTI ADA SATU" so aku pun macam kena pukau. Twitter, facebook semua pakau bercerita pasal ni. Seronok sangat ke benda ni? Apa kelebihan dia?


XPAX #MagicSim

Simpack preloaded RM3.00 valid 5 days
FREE BASIC DATA all day time
FREE DATA 200MB
FREE 20min Call
FREE 20 sms

Call Rate
12 sen/per min

Reload
RM5 
Validity : 5 days
Get : 5 min + 5 sms FREE
Data : 30mb FREE

RM10
Validity : 10days
Get : 10 min + 10 sms FREE
Data : 100mb FREE

RM30
Validity : 30days
Get : 30 min + 30 sms FREE
Data : 300mb FREE

Data monthly 
RM58 - 4GB - FREE call 150min
RM38 - 2GB - FREE call 150min
RM 25 - 1GB - FREE call 150min

Data Weekly
RM10 - 500mb - FREE Call 35min

Data Daily
RM5 - 500mb - FREE Call 5 min

Data Daily
RM1 - 30mb + 30mb - FREE Call 5min


Amboi amboi amboi kemain banyak freebies nya! Dengan hanya RM5 korang boleh nikmati macam-macam FREE dalam satu plan. Sangat-sangat berbaloi kalau korang pakai. So grab yours now!


Share
Tweet
Pin
Share
2 fella
Newer Posts
Older Posts

Followers

about

S U L Y A N I • G H A Z A L I
A 1997's girl who loves writing and expressing her feelings through blog. Feel free to read any entry here but please do not spamming. Lots of love, OWNER.

follow

  • Instagram
  • Twitter
  • Facebook

Categories

  • #SulysFreebies
  • #SulysReview
  • #SulysSegmen
  • #SulysShare
  • #SulysTalk
  • #SulysTips
  • #SulysTuto
  • segmen

history

  • September (1)
  • December (1)
  • November (3)
  • October (1)
  • September (2)
  • August (5)
  • July (4)
  • June (11)
  • March (1)
  • February (4)
  • January (31)
  • December (22)
  • November (5)
  • June (1)
  • February (1)
  • December (2)
  • October (1)
  • August (1)
  • June (4)
  • March (7)
  • February (8)
  • January (1)
Facebook Twitter Instagram Bloglovin

Created with by ThemeXpose