Powered by Blogger.
  • Home
  • About
  • Stuffs
    • Review
    • Tutorial
    • Freebies
  • Dashboard
  • Follow
Instagram Twitter Facebook

SulysWrite

*listening Like I'm Gonna Lose You*

Hello there brothers and sisters. Selamat malam :) *aku taip tengah-tengah malam ni* Baru je lepas layan Kabhi Kushi Kabhi Gham. Ingatkan nak layan sampai habis, tapi terfikir, "dalam laptop pun ada movie ni kot" terus masuk bilik berblogging eheh.

Haritu aku pegi Sasa, nak cari make up. Lepastu ada laa staf Sasa chinese tu tegur " yee nak cari apa?" Tergoda Terkesima sekejap sebab kulit dia cantik sangat! Macam... ntah. Lembap, putih, flawless. Bla bla bla beli make up balik rumah. Then terfikir, kenapa kulit chinese ni cantik-cantik eh? Lepastu nampak ada orang tweet kat twitter pasal cabaran minum air masak untuk kulit cantik.



Air masak boleh buat kulit cantik? Impossible!

Actually, yes. Budak-budak cina kalau pergi sekolah, botol air gedabak besar diorang bawak sebagai bekal. No wonder la kulit diorang cantik dan pandai-pandai.

Selain untuk kulit cantik, apa lagi kelebihan Air Masak ni?

1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

Sumber : Here

Like wow.... air masak pun banyak khasiat kan? Tapi orang melayu ni suka ambil mudah bab-bab macam ni. Yang diorang tahu nak make up je, penjagaan kesihatan ambik mudah je. Hm mengata diri sendiri sebenarnya.

Kita disarankan minum 8 gelas (2 L) sehari. Tapi aku ni maybe 3 4 gelas je. Lepastu nak persoalkan "apehal kulit aku kering eh?" lol me.

Bangun tidur and sebelum tidur pun kena minum. At least segelas. Amalkan, insyaAllah nampak perubahan.

Bye.

Share
Tweet
Pin
Share
7 fella
Selamat hari raya gais!

Awal-awal raya tu tak sempat nak update entry baru sebab busy beraya kan. Sekarang ni baru ada masa terluang nak blogging balik.

*padahal busy tidur*

Tahun ni aku raya dekat Taiping, Perak. Memang tiap tahun raya Taiping sebab dua-dua belah parents orang Taiping. So pagi tu raya rumah belah mak, petang belah abah. Adil la kan?

Kitorang satu family (without abang sulung, abang dah balik sana dulu sebab dia dari Melaka terus ke Taiping) balik malam raya. Dalam pukul 12 pagi jugak la baru sampai Taiping. Sebelum sampai tu ada la beli kerepek-kerepek lelong 13 bungkus RM10. Murah gila kan? Nama pun lelong malam raya. Sampai je kampung, terus mengadap tv. Rumah tu Tok punya. Sejak Tok meninggal, Cik (my mom's sister) yang duduk situ. So beraya dengan diorang la.

Raya Pertama

Esoknya 1 Syawal yey! Selalunya lepas Subuh memang cari katil balik, tapi haritu semangat nya taktau nak kata. Dekat tv ada takbir. Lagi laa semangat raya tu datang. Sorang demi sorang family bangun tidur. Yang lelaki pergi sembahyang raya, yang perempuan prepare makanan. Aku biasalah tiap tahun memang keje aku isi kuih dalam balang untuk dihidang. Banyak kuih tunjuk je, kuih buat ada la dalam 2 3.

Iron baju, mandi, mekap lawa-lawa. Lepastu mereput taktau nak buat apa. Hadap tv lagi la jawabnya. Sambil tu selfie dulu :3

sibuk je si kecik tu nak interframe


Dah tengah hari sikit baru la mula tetamu datang. Tu pun tak ramai. Nak dekat pukul 3 macam tu, abah ajak pergi beraya rumah sedara belah dia.

my #ootd for 1st syawal


mama :3


Siap-siap lepastu beraya dalam 4 5 buah, sebelum maghrib kitorang balik rumah Cik. 

Guess what?

Ramai gila rumah Cik.Ruang rumah tu besar, tapi memang padat dengan manusia. Taktau lah ada berapa puluh family dalam rumah kami. Family belah Yong (kakak sulung mak) and family belah Cik Budin (suami Cik). Memang ramai sangat. Nak masuk rumah sendiri pun segan. Lepas salam-salam semua duduk termenung. Nak sembang pun dah tak larat sebab penat balik beraya. Perut pun memang macam perempuan pregnant 5 bulan. 

Dalam pukul 11 malam macam tu baru rumah reda. Time tu la baru boleh mandi apa semua. Imagine aku dengan baju kurung dari pagi ke malam. 

Penat tapi seronok :)

Raya Kedua

Raya kedua ni rumah tutup sebab kitorang beraya lagi. Daripada tengah hari sampai malam. Raya kedua turn beraya belah sedara mak. Sebelum tuu..


sisters selfie!

Yang ni pun agak malam la baru boleh balik mandi apa semua. Lepastu layan runningman ramai-ramai.

Raya ketiga, pulang ke Manjung. Sambung beraya kat sini pulak :)

Done cerita raya. Cerita raya korang pulak macam mana?

Share
Tweet
Pin
Share
6 fella
Salam gais!

Harini dah berapa syawal ek? 13 Syawal. MasyaAllah cepat sangat masa berlalu kan? Takpe lah masa berlalu cepat pun, dah tak sabar tunggu bulan november ni untuk sambung belajar hihi.

Back to the title, siapa yang gila ni? Kenapa aku cakap dia gila? Apa yang dia dah buat?

I'm talking abt that guy yang gelarkan diri dia Molg H. Tak sure tu nama dia ke nama buku dia ke nama kucing ke peti ais ke kan. Dia ni ada buat comic, comic dia ni memang viral la sebab sangat-sangat creepy and tak masuk akal.

Ni antara comic-comic dia :











my expectation abt beranak dalam air em ._.


Kalau korang baca komik-komik ni mesti first impression korang is "pelukis dia ni mesti ada masalah mental" "dia ni gila ke lukis benda tak masuk akal macam ni" . Itu laa yang aku fikir untuk kali pertama. Tapi bila fikir balik, dia ni mungkin macam kita je. Cuma dia ni jenis fikir jauh. Tak dinafikan sometimes aku pun ada fikir benda-benda merepek macam ni cuma aku tak komikkan aje hehe.

In a nutshell, dia ni kreatif. Mungkin ni hobi dia, suka benda yang horror and thinking out of the box, kan? Sekarang ni tak pasal-pasal dia dah femes sebab komik dia ni. 

Well aku pun suka benda-benda creepy macam ni even aku ni penakut sangat. Actually bukan ke arah ngeri macam ni but lebih kepada paranormal, makhluk ghaib macamtu. Since @seramshit dekat twitter dah takde aku dah taktau nak baca kisah hantu dari mana hahahahaha.

Bye.

Share
Tweet
Pin
Share
6 fella
Salam 25th Ramadhan sisters and brothers!

Lagi 5 hari je lagi nak raya ni. Mesti tak sabar kan? Nak jumpa sedara-mara yang lama tak jumpa, nak melantak ketupat, merasa rendang, pakai baju baru. Cakap pasal baju, persiapan korang macam mana? Dah settle belum? Aku, alhamdulillah semua dah cukup. Ala kadar je, sebab mood raya tu takde.


Nak kongsi sikit ni pasal buah-buahan. As all know, buah-buahan ni banyak khasiatnya kan? Untuk cantikkan kulit, elok untuk sistem penghadaman, macam-macam la. Boleh dikatan buah-buahan ni penawar yang sedap. Semua buah sedap kan. So harini aku nak share dengan korang khasiat-khasiat buah yang jarang korang tahu.


Strawberry
Nama saintifiknya Fragaria. Ia tumbuh menjalar dan kaya dengan vitamin C, vitamin K, asid folik, potasium, riboflavin, vitamin B5, vitamin B6, magnesium, omega 3 dan juga antioksidan yang berupaya memerangi radikal bebas.

Kiwi
Cukup sekadar 2 biji kiwi sehari sudah memadai sebagai diet seimbang harian anda. Ia dikatakan memiliki sajian gizi terbaik dan mineral yang seimbang sebagai khasiat lengkap keperluan manusia. Dua kali ganda manfaat vitamin C daripada oren dan dua kali ganda khasiat vitamin E berbanding avokado, sangat berbaloi untuk dijadikan hidangan terbaik.

Beri
Kaya dengan khasiat antioksida, vitamin C, E, sumber serat yang tinggi dan kepekatan pati antosaninn sangat membantu melindungi diri daripada serangan jantung, kanser, kabur penglihatan dan hilang daya ingatan.

Naga
Buah naga yang sungguh manis ini juga dikenali sebagai Magifera Indica. Ia terbukti berkesan mengurangkan risiko barah, gangguan peredaran darah dan juga masalah jantung. Kandungan vitamin B2, B1, C, A, antioksidan dan kalsium sangat mengagumkan.

Prun
Buah ini merupakan buah pelam yang telah kering. Ia memiliki khasiat antioksidan, vitamin A, kerotin, mineral, polyphenol dan juga serat yang tinggi yang mampu memperlahankan proses penuaan dalaman dan luaran badan manusia.

Tembikai
Kadar kalori dalam buah ini sangat rendah. Kehebatan kalsium, karbohidrat, lemak, zat besi, magnesium, fosforus, potassium, protein, sodium dan gula di dalamnya mampu mengawal tekanan darah, meningkatkan daya penglihatan dan membantu proses penyembuhan luka.

Epal Merah
Epal merah yang kaya dengan kandungan serat ini berupaya membantu melawaskan masalah perut. Selain itu, ia juga memiliki bahan fitokimia penting seperti kuersetin, catechinm, phloridzin dan asid klorogenik.

Lemon
Buah sitrus ini selalu digunakan untuk diperap bersama makanan laut yang mentah mahupun daging sebagai agen pembunuh bakteria dan mikroorganisma di dalamnya. Ia juga terkenal membersihkan sistem penghadaman dan hati serta mencegah jangkitan saluran kencing. Kandungan vitamin C, B2, B3, B5, B6, karbohidrat, lemak, protein dan kalsium nyata tidak mengecewakan.

Sumber : Majalah Dara.com


So, kepada yang tak makan sayur (macam aku), banyakkan macam buah okay. At least badan korang tu ada la vitamin yang boleh sihatkan badan korang tu. Takpun korang buat jus je. Bulan puasa ni kan, lagi la badan tu perlukan vitamin.

Salam Ramadhan and Salam Aidilfitri semua :)

Share
Tweet
Pin
Share
1 fella
Newer Posts
Older Posts

Followers

about

S U L Y A N I • G H A Z A L I
A 1997's girl who loves writing and expressing her feelings through blog. Feel free to read any entry here but please do not spamming. Lots of love, OWNER.

follow

  • Instagram
  • Twitter
  • Facebook

Categories

  • #SulysFreebies
  • #SulysReview
  • #SulysSegmen
  • #SulysShare
  • #SulysTalk
  • #SulysTips
  • #SulysTuto
  • segmen

history

  • September (1)
  • December (1)
  • November (3)
  • October (1)
  • September (2)
  • August (5)
  • July (4)
  • June (11)
  • March (1)
  • February (4)
  • January (31)
  • December (22)
  • November (5)
  • June (1)
  • February (1)
  • December (2)
  • October (1)
  • August (1)
  • June (4)
  • March (7)
  • February (8)
  • January (1)
Facebook Twitter Instagram Bloglovin

Created with by ThemeXpose