Dear Future...

by - 6:55 PM



tengok semua kawan-kawan dah pergi sambung belajar, aku je yang terperap dekat rumah lagi. bukannya taknak sambung, tapi aku ni memilih. aku taknak universiti lain selain uitm. bila cakap pasal tawaran tu of course ada yang dapat. tapi, tak berminat. course yang aku dapat pun tak tepati citarasa aku. haa berlagak sangat kan.

why uitm? no reason. macam ada something yang hasut aku supaya jangan pergi tempat lain selain uitm. huhuhu misteri nya bunyi. untuk upu haritu tak dapat, memang hati remuk redam tak terkata. imagine la orang dah berangan apa semua tetiba tak dapat. upu memang konghasam. abang senior pun kata upu ni takboleh pakai.

haritu pergi sekolah, cikgu semua tanya aku dapat mana. senyum je mampu. dan nak tau apa diorang kata?

"kawen jelah sulyani."

berhuhu je mampu. sakit hati iols bila tiada siapa yang mengerti akan penderitaan yang ku alami. bukannya taknak sambung, rezeki tu takde.

tapi nasihat ustazah shukriah, cikgu agama aku tahun lepas, memang buat aku rasa "ustazah je paham aku" . dia kata,

"mungkin belum rezeki kamu. takpe, rezeki dimana-mana. selalunya yang masuk lambat dari orang lain ni la yang dapat elok dari orang lain"

Wuuu mari nangis terharu sesama. Allah have better plan for me insyaAllah. Penghujung bulan ni ada bukak permohonan uitm untuk 2nd intake. Moga-moga rezeki aku kat situ. Doakan ye! :)


You May Also Like

2 fella