Celaka kau migrain !
Salam 1 Ramadhan !
Tak tau laa kenapa lately ni kerap sangat migrain. Ada orang yang salah anggap yang migrain ni sama dengan sakit kepala biasa. BIG NO OKAY. Migrainni lagi sengsara derita malah lebih sakit dari sakit kepala. Rasa macam nak meletup kepala ni. Macam ada orang gergaji otak ni T-T
Migrain ni actually rasa sakit di sebelah kepala sahaja. Tapi sakitnya allah saja yang tau. Selalunya sebelum migrain tu jadi, dia akan datang aura dia dulu. Tapi ada yang sakit terus takde tanda-tanda. Macam aku, aura datang dulu. Aura tu tanda-tanda laa. Ada orang yang buta sementara, nampak garisan cahaya, bintik-bintik, zig zag, berbeza ikut orang. Kalau aku, aku akan nampak zig zag. Macam ni :
taktau kenapa aku tengok gambar ni pun dah rasa pening kepala.
Lepas 10 min macam tu, zig zag ni hilang. Dan mula la penderitaan aku menahan sakit kepala. Panadol jadi kawan baik, terpaksa telan dalam 3 bijik untuk sembuh. Kalau sebijk dah takde kesan.
Migrain ni jadi bila aku tengok satu cahaya yang sangat terang or bunyi yang sangat kuat. Thats why aku punya phone brightness paling low and bilik aku sangat laa gelap. Lagi satu aku tak suka pakai earphone, sebab kalau salah volume je komfem migrain.
Ok jap nak rehat. Tetiba pening and rasa nak muntah. Gambar atas ni punca!
6 fella