Perbezaan Foundation dan BB Cream

by - 8:58 PM


Setelah lama tak jejak kaki ke watsons, akhirnya! Sebab aku nak teman kawan aku beli barang. Sambil dia pilih barang dia, aku belek-belek laa alat make up kat situ. Pastu aku mula konpius, apa beza foundation dengan bb cream? Tekstur macam sama. Dua-dua macam krim.

Search punya search, akhirnya aku dapat jawapan. Yeyyyyyyyy lets sharing.

Sebenarnya benda alah dua ekor ni nak dekat sama je fungsi dia. Tapi ada jugak beza. Bezanya :


Foundation


  • Menawarkan coverage yang lebih tebal, berupaya menutup cela di muka seperti parut yang tidak ketara.
  • Coverage yang lebih tahan lama, sesuai untuk photoshoot, events, penggambaran dan lain-lain.
  • Biasanya tekstur lebih tebal berbanding BB Cream. Tapi dengan teknologi zaman sekarang dah banyak foundation yang lebih ringan tekstur nya.
  • Menawarkan lebih banyak pilihan tona warna yang sesuai dengan pelbagai warna kulit.
  • Sesuai diaplikasi pada wajah menggunakan span, jari atau berus khas foundation.

BB Cream


  • Tekstur lebih lembut dan ringan.
  • Fungsi lebih kurang seperti foundation, tetapi menawarkan lebih “skin care benefit” dalam formulanya.
  • Sesuai bagi mereka yang tidak sukakan mekap tebal, namun ingin melindungi kulit secara ringkas dan ringan.
  • Sangat sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai banyak masalah kulit spt berparut dan sebagainya kerana coverage nye yang kurang berbanding foundation.
  • Menawarkan tona warna yang agak terhad berbanding foundation. Mengikut pengalaman aku, kebanyakan BB Cream mempunyai tona warna cerah.
  • Sangat praktikal disapu menggunakan jari sahaja.


So for those yang nak kulit flawless macam kulit pengantin, pakai laa foundation. Tayah pakai banyak sangat, sebab nanti nampak fake. Kalau nak nampak natural, pakai laa bb cream. Tapi kalau aku, aku suka pakai foundation. 

Thats all for today. Bye nak makan.

You May Also Like

2 fella