Tanda Hati Mati

by - 1:08 AM

Akhir zaman nie, kita boleh tengok macam-macam gelagat manusia.
Maksiat berleluasa, orang Islam mengagungkan maksiat.
Takpayah tengok negara luar, negara sendiri pun dah cukup membuka mata kita.
Kita mengaku kita Islam, tapi kita ada usaha nak amar makruf nahi munkar?
Kita mampu hadap handphone berjam lamanya, tapi hadap Al-Quran 30 minit dah rasa penat?
Jaga-jaga, itu mungkin tanda hati kamu sudah mati.
Nak tau apa tanda hati mati?


10 tanda hati mati ialah :

1. Kita mengaku kenal dan cinta Allah, tapi tidak menunaikan hak Nya.

2. Kita mengaku cinta Rasulullah tetapi mengabaikan sunnahNya.

3. Kita membaca Al Qur’an tapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Kita memakan nikmat Allah, tapi tidak mensyukuri pemberianNya.

5. Kita mengaku musuh syaitan, tetapi mengikutinya.

6. Kita mengakui nikmat Syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Kita mengaku adanya siksa Neraka, tetapi tidak berusaha menjauhinya.

8. Kita mengakui bahawa kematian akan datang pada setiap jiwa, tetapi tidak berusaha mempersiapkan bekalnya.

9. Kita sibuk membuka aib orang lain, tapi tidak pernah ingat akan aib diri.

10. Kita menghantar dan menguburkan jenazah tetapi tidak mengambil hikmah darinya.


Ada salah satu tanda ni?
Ada cara nak hidupkan balik hati kita yang dah mati.
Rapatkan diri kepada Allah.
Caranya?

1. Jangan tinggal solat fardu.

2. Perbanyakkan solat sunat.

3. Amalkan zikir.

4. Jauhi perkara maksiat.

5. Amalkan puasa sunat.

6. Bersedekah.


Moga kita terlindung daripada murka Allah.
Nak syurga kan?
Masih ada masa nak bertaubat.
Jom tuju syurga sama-sama :)


You May Also Like

4 fella